Thursday, April 27, 2006

Anak - Mendidik dan dididik...


A'kum

Khamis, 27 April. Hari ini axa lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang terbengkalai. Kerja kerja kerja. Yer la.. hidup ni perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi.Hari ni axa terasa ingin bercerita tentang ANAK. Yer la..axa pun bakal menimang cahaya mata kan. Satu e-mail yang axa terima semalam benar2 membuat axa berfikir. Hingga ke makan malam pun axa masih bercerita tentang e-mail ini kepada ayah baby.

E-mailnya bertajuk Anak Durhaka Kerana Ibu Bapa Bekerja. Mungkin naluri seorang ibu yang setiap hari berkembang dlm diri axa ini menarik axa untuk membaca artikel ini. Artikel ini berkisar tentang pengalaman dan luahan seorang ustaz yang membesarkan dua orang anaknya. Bermula di luar negara hingga penulis pulang ke Malaysia apabila merasakan akidah anak-anak nya mungkin terancam jika terus dibesarkan di bumi asing yang menuntut agama lain sebagai asas pegangan. Setelah tiba di Malaysia dan dalam proses membesarkan anak-anak, sekali lagi penulis berfikir sebenarnya lebih susah membesarkan anak-anak di negara sendiri Malaysia berbanding dengan di luar negara. Kenapa?

"Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah. Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas. Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? "

Seorang ustaz yang teguh pegangan agamanya juga tidak terlepas dari kerisauan dalam mendidik anak2. Dalam tulisannya lagi ada juga menyebut..kaedah apa yang sesuai dalam mendidik anak-anak di dunia yang serba moden ini. Perlu kah dimanjakan ..atau masih perlukan marah dan rotan? Semua ini perlu difikirkan. Bak kata penulis.."anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka. "

Tulisan ustaz ini membuat axa terfikir, bagaimanakah axa bakal menempuh hidup sebagai seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak. Teringat didikan mak dan ayah. Mak axa seorang yang agak garang tapi mempunyai hati yang tulus. Sentiasa tidak sampai hati untuk menolak pemintaan anak-anak (untuk perkara-perkara yang baik). Ayah axa pula seorg lelaki yang tidak pernah menyakitkan anak-anak walau untuk memukul nyamuk di tubuh anak-anaknya namun seorang yang tegas! Sesuatu yang memang axa, adik dan mak tak dapat membantah. Jika putih katanya, putih la..jika hitam katanya..hitam la. Walaupun ada juga keputusannya yang mengecewakan axa..yang sukar untuk axa terima, tapi hari ini axa bersyukur..atas didikan itu la..axa dan adik mampu berada tahap hari ini. Bermula dari awal, perkara wajib..didikan agama..mengaji...dan pendidikan asas..persekolahan. Bab agama, kami memang dipaksa. Itu pegangan. Namun dalam pendidikan, mak dan ayah tak pernah memaksa axa dan adik. Kami tidak pernah ditengking atau dipaksa semata-mata untuk duduk di meja belajar dan belajar mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi ayah, perkara sebegini tidak perlu dipaksa, tapi perlu di ingatkan. Mak dan ayah sering mengingatkan axa dan adik.. jika berjaya dalam pelajaran insyaAllah hidup akan senang. Bertitik tolak dari situ la, axa dan adik membina keyakinan untuk berjaya. Alhamdulillah..axa dan adik berjaya menghabiskan pelajaran hingga peringkat universiti. Dari segi agama, axa bersyukur asas agama yang diterapkan oleh mak ayah masih menjadi pegangan. Biar lah ada setengah orang mengatakan axa agak konservatif, agak berfikiran sempit dan tidak liberal..tapi axa bersyukur, walaupun masih banyak dosa yang dilakukan, dalam hati ini masih kukuh pegangan axa terhadap ISLAM.



Bila mengenang kembali kaedah mak dan ayah, membaca kaedah2 orang lain dalam mendidik anak.. axa terus berfikir. Ayah baby turut memberi pendapat. Dan akhirnya sebelum tidur axa mencari kesimpulan. Jadi bagi axa apa yang perlu dalam mendidik anak-anak hari ini, bukan dengan melarang atau menegah tapi dengan menanam sifat2 tahu membezakan yang baik dan salah. Nampak macam mudah. Tapi hakikatnya..hendak menanam agar ia memberi hasil yang baik itu la yang paling susah. Axa mengenang mak dan ayah..sebenarnya nilai ini lah yang mak dan ayah terapkan dalam diri axa dan adik. Tak perlu nampak di mata, tapi biar berkesan di hati. Axa juga mengambil kata-kata ayah baby... manusia bukan mudah untuk menerima teguran..apatah lagi kalau teguran itu dalam bentuk bebelan yang panjang dan berlarutan. Kesedaran untuk mengubah sesuatu yang buruk perlu hadir dalam diri manusia itu sendiri. Andai dr awal diterapkan mana yang baik dan mana yang salah..insyaAllah segala yang rumit akan menjadi mudah. Mudah-mudahan...jalan lurus dalam mendidik baby yang masih berdenyut dalam kandungan ini akan axa temui..amin...

No comments: