Nak bercerita.. sejak Rabu, axa di beri MC oleh PPUM. Asalnya berkait la dengan demam axa hujung 2 minggu lepas. Allergic punyer citer. Rupaya axa memang tak tahan ubat yang doktor kat klinik setia alam bagi hari tu. Pagi Rabu, badan dah rasa sangat tak bermaya. Ayah aszra memang nampak cuak la.. yer la, nafas axa pun masa tu mcm turun naik. Pergi balik ke klinik setia Alam..doktor takut ada kesan kat paru2.. dia buat surat ke Hospital untuk buat X-Ray. Maklum la..sekarang ni banyak sanga penyakit yang muncul..so, ada kes je sure kena gi hospital. Axa ke PPUM dengan ayah... terus ke emergency. Ok jugak servis situ, cuma lain kali kena bawak GL sebab PPUM tak ada HRMIS. Lepas check dan x-ray alhamdulillah doktor sahkan paru2 ok..tak ada jangkitan, cuma di trakea axa je yang bengkak. Bukan sebab batuk atau sakit tekak..tapi sebab kesan dari ubat yang axa allergic tuh. Doktor kata, bila kita allergic ubat..bengkak bukan hanya pada luaran.. boleh juga berlaku di organ dalaman. Itu agak bahaya.. dan boleh menyebabkan pernafasan terganggu. So.. lepas settle semua...maka bercuti la Axa 3 hari. Memang rest betul la... disamping memanfaat kan masa bersama Aszra yang suka betul ibu tak kerja. Malam tu.. tiba2 dapat bunga dari ayah aszra... dia kata untuk isteri dia yang sakit. heheheh...tima kasih Yang...
Dalam cuti tu bisness jalan jugak. MyCuppyBeez terus beroperasi dengan bantuan mak. Yer la.. axa pun bukannya terlantar tak leh bangun. At least dapat keluarkan peluh bila buat kerja2 ni kan. Puas dengan bisness kecik axa ni. Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi. Kalau kite usaha, insyaAllah akan membuahkan hasil yang baik. Itu janji Dia kan.
Weekend... seperti biasa hantar axa pergi TumbleTots. Kembang aszra teacher dia puji sebab pandai aktiviti kat situ. Balik tu... heheheheh melangsaikan cita-cita dan impian yang dah lama KAMI pendam.. menunggu saat yang terbaik utk mendapatkannya. Akhirnya... beli jugak...apa dia?? Hehehehe... satu gadjet yang agak besar. Berubah wajah ruang tamu KAMI. Pemandangan pun jadi luasssssssss..... nanti birthday aszra, datang dan tengok sendiri. Kalau Hajar (wife Wayi) baca... bagi tahu kat Wayi yer.. kami dah tukar yang Wayi suruh tukar tuh...heheheheheh.. tengah tak sihat pun dah rasa sihat ni....huhuhuh
Gambar hiasan ni.. Aszra minat kat Hafiz AF7 ni.. sebab kononnya rambut dia sama...heheheh hmm boleh tahan sama jugak ek. Sabor je la...
3 comments:
kalo hintnya wayi..
dah tau la apa bendanya..wahahah..
syok syok.... :p
semoga cepat sembuh seperti biasa...
bijak betul mak buyong Sato ni yer... heheheeh
Tim.. getting better..
Post a Comment