Salam petang Isnin. Pagi2 lagi dah masuk lab untuk sessi hands on dengan vendor.
Weekend... kebanyakan plan tinggal plan je la... tak dapat direalisasikan. Maklum la.. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan. Alkisahnya.. sejak Khamis lagi.. axa terpaksa EL sebab mak ayah tak leh bangun due to demam yang agak teruk jugak. Letih sangat kut gi Langkawi. So.. kena la stay kat rumah, yer la.. kena tengok2 kan makan minum mak ayah + nak jaga aszra jugak. So.. Jumaat, mak dah kebah dah getting better.. tapi aszra lak yang dah start dedar. Pagi tu axa terpaksa ke ofis juga sebab ada meeting penting dengan SMEs.. Kul 12 lebih axa cabut balik sebab mak call, kata yang aszra makin panas. Ayah aszra plak meeting one whole day..pagi di Putrajaya dan petang di KL. Sib baik we all awal2 dan decide nak drive keta masing-masing. By the time axa sampai rumah.. axa pun dah mula rasa sakit tekak dan semacam je hidung ni. Gi klinik kat setia alam.. so doktor check dua2 kami. Balik rumah mak..makan ubat.. terus pengsan. Rupanya ubat tu mengantuk daaaaa.... malam baru bangun, ada cupcakes nak kena settle malam tu jugak. Sib baik adik pun balik.
Sabtu.. plan asal, nak gi deliver cupcakes.. bawak aszra gi sekolah dan petang ingatkan nak buat carrot cake sempena hari ibu. Semuanya musnah..huhuh.. pagi2 axa tak larat nak bangun. Aszra yang demam pun dah kebah dan semangat nak gi tumble tots. Finally ayah aszra buat semuanya. Dia la yang hantar cupcakes ke rumah kak Hasnita... bawak aszra gi tumble tots (tapi rupanya tak ada kelas sebab wesak day..heheheh), pastu gi hantar cupcakes lagi kat Hani. Axa yang kat rumah ni terlantar je.. then tersedar bila terasa muka sembab semacam. Rupanya muka axa dah bengkak coz tak tahan dengan ubat tu. Adeiiii.. pada hal dah bagi tahu doktor axa tak leh ambik any pain killer.. Tapi kat ubat tu tulis paracetamol.. takkan paracetamol pun tak leh ambik. Jenuh ni... Ayah aszra pulak..balik2 je terus makan ubat dan berselubung...sebab badan dia dah start panas. Habis semua tiga2 beranak demam. Beransur petang.. ayah aszra ajak lepak depan rumah ambik angin. Maklum la.. dah terbaring je dalam rumah. Yang aszra sibuk nak main bola..mentang2 la dah sihat.
Ahad.. demam dah kebah tapi masih sakit disana sini especially tekak. Pergi jugak jenguk wedding cousin axa kat Port Klang. Balik..sekali lagi terbaring. Cuaca panas betul la lately ni. Plan hari ibu pun habis begitu sahaja. Ingatkan nak keluar makan dengan mak ayah adik.... hadiah mak pun tak beli lagi... tapi yang penting axa dah dapat hadiah hari ibu lebih awal. Ayah aszra beli kan kat Langkawi hari tu... ni ha kat bawah ni. Heheeh... by the way selamat hari ibu untuk semua Ibu-Ibu dan bakal2 Ibu.. semoga kite semua akan jadi Ibu yang terbaik. Aszra siap nyanyi " Ohh Ibuuuu".

No comments:
Post a Comment