Friday, March 20, 2009

My Coming Weekend

Aszra latest pix.


Salam petang Jumaat. Lengang je ofis axa ni... bos2 pun banyak bercuti. Mungkin ada yang bawak anak2 bercuti kot. Maklumla..cuti sekolah... axa pun ambik kesempatan la.. walau si aszra tu belum sekolah.. tapi esok kami akan menonton Disney On Ice, Princes Wishes kat Stadium Putra Bukit Jalil... show 8.30 malam.. Aszra memang dah excited. Ibu dia apatah lagi... axa beli ticket since early January.. dapat 20% off. Pastu siap dah belikan aszra sweater Osh Kosh baru utk Aszra... heheh.. yang dulu dah nampak kecik bila Aszra pakai. Esok jugak, kami akan bawak Sofea a.k.a Oya... sekali. Biasalah budak2 sure suka tengok Disney On Ice ni.. especially Aszra.. pantang nampak iklan kat bill board, sibuk ckp ngan tengok Princess...

Actually this coming weekend axa ada banyak aktiviti. Akan menjadi weekend yang memenatkan. Tonight kami akan gerak ke Seremban. Esok ada kenduri cukur jambul Puteri Raisya... buah hati maleq dan shanaz. Pastu akan rush ke PJ.. hantar ayah aszra ke taklimat Treasure Hunt. Axa pulak akan ke Kapar... gi jenguk umah Alang, yang nak buat kenduri malam tuh. By 6 axa akan jemput Oya dan bawak aszra gi ambik ayah aszra dan terus la ke Bukit Jalil... uiiisssshhhhhhhh banyak benda nak buat. After the show kami akan hantar aszra dan oya ke Kapar dan balik ke Setia Alam coz Zam dan Sato akan tidur umah axa malam tu.

Ahad..tentatively kul 6.30 nak ada kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kami akan join treasure hunt anjuran MBSA. Kereta kami di sponsor oleh MPP Zon 21. Untung jadi warga Setia Alam ni. Lama dah tak join ni... kat setahun rasa nya. Nak asah balik skill2 treasure hunt ni. Lepas hunt..... axa cupcakes project. Cupcakes ni...tak henti2 tiap2 minggu ada je.. Alhamdulillah rezeki. Banyak yang axa tak update pasal cupcakes... nanti la.. tunggu kemunculan MyCuppyBeez.

1 comment:

adenium said...

so cute girl ....