Salam petang rabu. Hujan renyai2 kat luar tu.. nampaknya memang jam la jalan ni.. tetiba lak rasa nak mencoret something kat sini. Nak citer apa ye??
Nak citer pasal rumah KAMI... last weekend, gi kawasan Sg Buloh.. pergi beli lagi 10 pokok pagar 3 warna... menjadikan 30 pokok semuanya dah ditanam di tepi rumah axa... rumah kami ni bentuknya semi-D attach... ada 10 kaki tanah disebelah kiri rumah... pagarnya masih pagar standard kalau hijau yang biasa tu... cuma pagar depan sahaja yang bertembok. Nak naikkan tembok batu.. mcm lambat lagi.. so axa dan ayah aszra pun decide untuk tanam pokok pagar di sepanjang pagar hijau tu... bila pokok tu dah tinggi paras pagar tu.. kami akan trim.. supaya kemas dan macam pagar la... so far dah hampir separuh pagar... at least bila dah besar pokok tu...tak le nampak terus jiran umah sebelah axa tu..heheheh..
Rumah baru ni biasa la... mcm2 nak kena buat. Nak buat sekali gus memang tak mampu la.. so kena la sikit2. Kitchen cabinet axa...80% dah siap. Dry kitchen dah siap...dengan bar/counter sekali. Seronok la... bila minum2 petang atau breakfast, kami lepak kat situ je.. bila makan berat2 baru makan kat meja makan. Ayah memang sangat hebat... boleh menyiapkan kitchen cabinet tu macam tu sekali.. tak sangka. Sayang ayah...nanti we all bawak gi bercuti ke Langkawi ok. Perabot umah axa pun dah complete...last week beli console table.. utk letak hiasan dan frame2 gambar.
seronok tengok pokok yang ditanam hidup segar bugar
Sekarang ni... tempat yang paling seronok ialah kat rumah. Terasa bangga dah ada rumah sendiri dan dapat mengurus rumah sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Rutin kami... balik kerja ayah aszra akan ambik aszra kat umah mak... dan axa akan masak.. pastu we all akan dinner sama. Belah malam...selain tengok tv, ajar aszra sikit..maklumla dah nak masuk school katanya... life rasa dah complete.. alhamdulillah....
4 comments:
Hi Axa,
dah pindah ke Setia Alam?
wah.... jom lah mai rumah.
kita suka gak pokok pagar nie .. santek jer tersusun ;-)
hai kak leilani.. dah pindah dah... insyaAllah ada kelapangan saya singgah ok
Diana... kite pun suka pokok pagar cam ni... tak sabar nak tunggu dia besar dan nak trim
salam Axa, dah lama ni dok tunggu gambo kitchen cabinet n bar kaunter tu. bila nak publish kot2 bleh buat rujukan nak masuk rumah baru gak ujung taun ni. ahaks!
p/s: ur silent reader ;)
Post a Comment