Monday, February 23, 2009

Meaningful Week

My small group, (From the left: Dan, axa, Tommy(GroupLeader), Cheryl, Leonard and Lynn)
Salam pagi Isnin. Agak mengantuk pagi ni.. 5 hari tanpa rehat, macam2 input dan output. Tapi bila buka mata pagi tadi.. teringat promises yang dah dibuat. So... just do it! hehehe..

Last weeks start start from hari Rabu sampai la semalam petang, axa mengikuti satu training.. The Basic Traning by Asia Works. Teringat masa Kak Dura datang sebulan yang lepas.. ajak join this training, frankly speaking.. axa tak nak pergi. For the sake of ayah aszra and my sister in law.. i said Yes. Sampai la sehari sebelum training tu bermula.. axa menangis depan ayah aszra, axa tak nak pergi. Macam2 dalam kepala ni.. nanti nak kena ckp orang putih la.., tak kenal orang la.. tak jumpa anak la 5 hari (everyday habis kul 11 malam). Axa mcm nak call je kak dura, axa tak nak pergi. Axa takut RM 1850 yang dibayar tu takkan membawa makna apa2.. membazir je.
Hari pertama, nak gi register pun axa dah rasa takut. Axa tak tahu mcm mana la rupa training ni sebab kak dura selalu cakap.. just do it.. and experience it. Actually masa register tu bila axa tengok participant nyer lebih kurang 80 org.. axa dah start tertanya2.... why this people sanggup bayar for that amount to attend this training. Diaorang ni terpaksa jugak ker?? Bila kali pertama pintu hall dibuka.. masa tu axa mula terasa.. i need to change my mind.. i want to experience it. Alhamdulillah.. hari pertama berjalan lancar. Balik dari training.. axa start fikir mcm2. Dan sangat tertanya2 apa yang akan axa dapat pada hari kedua.

Hari kedua.. khamis.. then Jumaat..(start pukul 6.30 utk weekdays) dan weekend.. selain kawan2 baru yang datangnyer dari mcm2 jenis manusia.. banyak yang axa belajar. Dan semalam... hari terakhir.. tiba2 rasa mcm cepatnya masa berlalu. Dah sampai penghujung. The graduation part memang touching. Ayah Aszra, Aszra dan Kak dura datang bawak bunga.. graduation nya tak sama mcm axa grad masa degree dan master. The feels tu sangat berbeza... if graduation degree dan master.. axa rasa so proud coz berjaya mencapainya.. tapi graduation AsiaWorks ni... axa rasa relief, happy dan rasa kuat sangat.

Thanks kak Dura.. sebab enroll kan axa ke Basic Training. Even mula2 rasa terpaksa... after 5 days, i got the value of RM 1850 tu... malah lebih lagi. Its just a figure yang kite nampak... but yang kite tak nampak tapi kite dapat rasa.. itu lebih bermakna... Untuk ayah Aszra.. thanks for the full support.. beberapa hari duk lepak jaga aszra. I promise.. this is for u, aszra and for all my beloved persons in my life.. InsyaAllah!

Kami

Axa, Haireen & Keert

dengan Kak Dura

MB 126 batch

Monday, February 16, 2009

Penat tapi Seronok


Salam Pagi Isnin.. Dah kat 2 minggu axa tak update blog ni. Mcm2 nak cerita.. tapi tak berkesempatan. Last week 2 hari kat Putrajaya, ada conference.. pastu agak busy dan ditambah lak dengan MC hari jumaat sebab tak berapa sihat. Jumaat malam tu pulak.. sibuk dengan cupcakes.. 100 pcs kena buat untuk MB 6th Annual Tournament. Sayang pulak tak ambik gambar... siap lukis pin dan bola boling. Last night pun busy dengan 100 pcs cupcakes lagi.. untuk jamuan makan kat ofis pulak. Lenguh2 tengkuk rasanya.

Ok la.. Sabtu lepas, seperti setiap tahun MB akan buat Annual Tournament. Dah tahun ke 6. Kali ni buat kat Pyramid Bowl, Sunway Pyramid. Mengumpulkan ahli2 lama dan baru. Alhamdulillah... seperti biasa, tournament MB memang selalu dapat sambutan. Kali ni goodies.. ada cupcakes dan calendar MB. Letih betul..walaupun tak menang apa2.. tapi seronok sebab dapat organize event untuk MB. Lepas tournament... seperti biasa.. lepak makan kat Pizza Hut.


Antara hadiah yang menjadi rebutan

Muka2 lama MB

Posing sebelum main

AJK yang busy


Lepas habis makan kat Pizza tuh.. demi nak merealisasikan keinginan mak buyung di Sato tuh.. gerak la Kami, Sato & Zam, Wayi & Hajar (pun mak buyung) ngan Zura ke Summit.. gi beli tiket tengok movie Geng, Pengembaraan Upin Ipin. Macam2 la orang mengandung ni punyer mengidam. Axa dan ayah aszra ok je. Memang dah terfikir nak bawak Aszra tengok pun. We all tengok show kul 9.25 malam. Aszra punya la seronok. Ni kali ke 2 dia tengok wayang. First time tengok Kungfu Panda. Tapi bertahan untuk 1 jam pertama je. Pastu dia nak keluar. Maybe dia kecik lagi kot masa tu. Alhamdulillah... dari mula movie tu.. aszra tegak je.. sronok lak dia. Bila ada scene kene kejar dengan ular.. siap tutup2 mata. Sampai habis aszra tengok. Caya la anak ibu. Pastu dah keluar siap citer balik mivie yang dia tengok tuh. Lepas tu.. leh lagi lepak makan kat USJ tuh.. sampai tengah malam baru balik. Punyer la letih... Ahad, masing-masing keletihan, satu hari tidur je...hehehehheeh Penat tapi Seronok kan.

Tuesday, February 03, 2009

My Weekend Story

Salam hari Selasa. Seronok 3 hari cuti.. maklum la..kerja kat Wilayah..tapi duduk kat Selangor. Axa terbalik ngan adik.. dia duduk kat KL tapi kerja kat Selangor. Isnin next week pun cuti lagi.. thaipusam... Cuti 3 hari , Sabtu pagi2 dah start buat cupcakes yang ditempah oleh Ija.. untuk majlis bertunang cousin dia.. tema pink purple.. Pastu belah petang balik ke Seremban. Ahad.. sempat lagi gi Nilai 3 ngan Ibu Mertua ku.. rembat tikar dengan bekas utk magazine... kecil tapi mahal.... apa2 pun ayah aszra puas hati.. lupa lak nak ambik gambar. Tengah2 malam balik dah ke Setia Alam.. Pagi Isnin.. buat lagi cupcakes.. kali ni 60 biji untuk birthday anak sulung Kak Hasnita.. nak hantar kat sekolah katanya...

Ok la.. back to hari Jumaat lepas.. seperti biasa axa memang main liga boling kat Pin Junction Mutiara Damansara.. kebetulan axa, aszra dan ayah aszra sampai awal.. so, memang nak cari tempat utk memenuhkan perut sebelum bermain.. jalan punya jalan.. saja je sebut Bubba Gump..heheheh.. terus ayah aszra setuju. tak plan nak makan berat2 sebab takut terlalu kenyang.. tak leh main la pulak... so tengok je la gambar2 kat bawah tu.

Bubba Gump, Shimp & Co... memang ikut konsep citer Forest Gump
Suka dapat makan shimp.. memang kegemaran dia

Air KAMI.. Manggo dan Strawbery Yogurt (axa lupa nama air ni...)

Cajun Shrimp
Shirmp sautéed in hot and spicy Cajun butter sauce with garlic bread

Bourbon Mahi Mahi Charbroiled
Cajun mahi mahi with bourbon sauce and shrimp served over mashed potatoes

Ni nak lawan.. muncung saper paling panjang...nampaknya Aszra menang kot

Ni cuppies hantaran yang diorder oleh Ija

Ni untuk Kak Hasnita.. so far, paling banyak kali order