Monday, January 05, 2009

Oooo Si Jantung Hati


Salam pagi Isnin.. hari ni kesesakan jalan raya dah mula.. maklumlah.. bebudak dah habis cuti sekolah. Sibuk la mak bapak hantar anak gi sekolah kan.. dengar kat radio pagi tadi.. mcm2 kerenah bebudak ni gi sekolah especially masuk darjah satu. Nanti time aszra tak tahu la mcm mana.. silap2 axa yang berdebar sangat..heheh

Ok la.. actually lama dah tak buat entry si jantuh hati kami, Aszra. Dalam usianya yang dah meningkat 2 tahun 8 bulan ni, mcm2 perkembangan yang menggalakkan yang axa dapat tengok. Sometimes mcm tak percaya, dulu kecik je sekarang dah tinggi, petah bercakap pulak tu. Untuk pengetahuan, sekarang ni aszra obses dengan character Cinderella la pulak.. aduuhhh.. actually beberapa bulan yang lepas axa ada beli buku fairy tales. Citer yang dia paling minat memang Cinderella. Dia siap dah pandai citerkan balik pasal cinderella yang kena sapu sampah.. baju koyak2..pastu hilang kasut dan finally kawin. Sekarang ni.. kalau tengok iklan Disney On Ice -Princess Wishes tu.. memang la lagi dia kenal.. Baru ni beli body mist utk dia pun yang Cinderella nyer theme jugak. Yang terbaru, semalam... dia duk berkenan selipar Disney Cinderella kat Jusco Seremban 2. Aduhhh... nak tak nak belikan la.. siap ckp "tima kasih ayah". Cair je hati ayah aszra dengar bila dia ckp macam tu. So semalam..asyik pakai selipar baru tu je..sampai tertidur2 tak nak tanggal selipar Cinderella tu. Pastu masa on the way hantar dia gi umah mak.. dia ckp kat axa "ibu, nanti kite beli baju cinderella ye".. aduss.. dah agak dah... bila dah dapat selipar sure nak baju pulak.. tak apa.. tunggu birthday party aszra nanti ibu buat theme party princess ok.. aszra pakai gaun mcm Cinderella....

Kejap kan Aszra dah besar. Masa dia umur setahun lebih, dia suka layan Barney, Thomas, Pocoyo, Mickey Mouse.. sekarang dah layan girly2 nyer character pulak. Tak apa la.. lagi pun dia perempuan kan. Suka tengok dia membesar. Mudah-mudahan Aszra jadi anak yang cerdik, bijak dan solehah..InsyaAllah..

Dah pandai posing2 bila ambik gambar...

Feveret baju dia.. pink color

Selipar Disney Princess - Cinderella

Ni kain cadar dan langsir pilihan Tok Wan yang sangat cantik untuk bilik Aszra. English Cotton.

4 comments:

ohbukan said...

samaler anak saya, paling minat cinderella...dia pun kata diri dia.."kakak kan princess..." perasan lak anak daraku..heheh - mell

Anonymous said...

amboi comey aszra...posing2 bagai..hehe!! ok le,girl suka pink nmpak sweet gitu...

Anonymous said...

hahaha... bijak Aszra kecik2 dah pandai pau..:P so sweet.. at least dia bersifat keperempuanan k.as..hehe..

(*_*) mmg ratu posing lah haih..

KV said...

lawa la english cotton.