Friday, November 28, 2008

Lagi-lagi CuppyBeez

Salam... lagi project cupcakes.. kali ni ordered by Fatihah...our youngest member of EPSA.


Wednesday, November 26, 2008

Cerita Wedding Adik

Salam petang rabu.. baru hari ni dapat sentuh blog ni... axa cuti since khamis lepas..dan hanya kembali bekerja semalam (selasa). Ada yang telah sedia maklum..axa bercuti sebab mengurus kenduri kawin satu-satunya adik kesayangan axa tuh. Penatnya masih terasa sampai hari ni. Letak kepala kat bantal je..mesti lena la.. kaki pun terasa lenguh2..

Kenduri adik bermula dengan acara akad nikah pada hari sabtu 22 Nov, selepas Asar. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, adik telah pun sah menjadi isteri kepada Khairul Hizad Yusop. Tahniah... axa yang sama2 ada kat surau Raudhah Al Muttaqin tu..sebak, terus axa lari keluar sebab dah rasa ada air mata yang dahnak tumpah..heheheh... apa2 pun axa tumpang gembira...

Sabtu Malam.. ada majlis berinai kecil-kecilan. Adik duk atas pelamin sorang2.. Pastu family dan saudara mara merenjis..termasuk la axa... mcm tak sangka..adik kecik axa dah naik pelamin. Malam tu.. axa memang tidur lambat.. set up table runner dan fresh flowers untuk setiap meja bulat...pastu gi pasang signage ngan ayah aszra + cousin axa. Memang banyak betul kerja...

Ahad... majlis bersanding pukul 2.oo petang.. adik dan suami pakai serba putih. Memang wedding adik ni... bertemakan putih... pastu dengan pelamin dan bilik tidur berkonsepkan dalam taman. Andaman dan pelamin..kami gunakan khidmat Adnan Jaafar dan foto pulak...khairil Mazwan..(lupa lak web site dia).

Terima kasih kepada saudara mara dan kawan2 yang sudi hadir..yang dekat dan yang jauh dari Kerteh pun turun sama2 meraikan majlis adik ni. So...bawah ni ada gambar2 sekitar majlis perkahwinan adik axa tu... tak sempat ambik banyak.. tunggu la profesional nyer gambar siap nanti....


Pelamin dengan konsep dalam taman... dihiasi dengan buluh2, orkid dan dedauh hijau by Adnan Jaafar
Bilik tidur dengan perabot serba putih dihiasi dengan bunga-bungaan dan manik2 yang bergantungan.. semua di hias sendiri oleh adik..sangat cantik.

Majlis batal air sembahyang di bilik pengantin

Malam berinai.. adik pakai baju satin silk warna pink....soft and sweet. Sempat la axa bergambar dengan adik..


Adik sempat bergambar dengan baju kebaya pahang songket bunga tabur marroon..sebelum acara berinai

Ahad... axa tiga beranak + mak dan ayah pakai baju warna sedondon.. axa, mak dan aszra guna kain lace....glamor kejap..ada yg ingat axa ni la pengantin..ada yg nak ambik gambar pulak dengan axa...heheheh

Satu2 nya adik ipar axa

Berarak...

Bersanding atas pelamin

Ni kek ciptaan axa dan Kak Ram. Cupcakes definately by axa dan kek besar by Kak Ram. Kek ni sangat laku..

Persembahan khas untuk adik... axa sempat mendendangkan lagu Dealova menggunakan muzik gitar yang dimainkan oleh ayah Aszra.

Family axa... yang dah lengkap.

seperti biasa dah jadi tradisi...bergambar dengan cousin2 yang pun turut mengikut konsep putih dan silver.

Wednesday, November 19, 2008

Cuppy Beez Marathon

Salam hari Rabu... dah kat 2 minggu blog axa tak di update. Axa sangat busy... selalu tak ada depan pc sendiri. Asyik duduk bilik operasi tender je. Sampai roommate kat bilik pun berungut...susah betul nak jumpa axa lately ni... letak barang kat tempat..pastu hilang, sampai la time nak balik... by the time nak balik..roommate semua dah balik...adussss...

Selain kerja opis.. bisness part time axa pun berjalan jugak... 2-3 minggu ni memang banyak tempahan cupcakes.. Tapi since isnin hari tu...sampai la 25hb, axa tutup tempahan. Nak bagi tumpuan untuk majlis kawin adik weekend ni. Cuma akan buat sikit cuppies untuk deco cake dia..tunggu....ok, kat bawah ni antara cup cakes yang axa dah hasilkan 2-3 minggu ni...


Tempahan Laily utk family dia (pink-turqoise)

Hantaran Pink (Laily)


Hantaran Turqoise (Laily)

Large order 500 pcs - Zulfa & Khairil's wedding

Large order 500 pcs - Zulfa & Khairil's wedding

Tempahan shima utk husband

tempahan Shima utk anak sedaranya

Tempahan Zetty (member lama UKM) - theme barney

Cuppies axa di majlis hari jadi Deena (anak zetty)

Tuesday, November 04, 2008

Cerita tentang Aszra


Salam tengah hari Selasa. Ambik masa nak bercerita kat blog. Ni tengah rehat.. axa kan ada course kat INTAN ni. Nak citer kisah sebelum axa ke Melaka hari tu. Axa kena berkumpul di JPA Putrajaya pukul 8.30 pagi. Si Aszra dengan baju tidurnya pun join hantar. Bila dia tengok axa bawak luggage besar dia sibuk tanya "ibu gi mana?" .. kena la jawab "ibu kerja jauh". Elok sampai depan JPA, muka dia merah padam... lain macam je dia.. tiba2 dia muntah. Panik axa masa tuh.. berbelah pagi nak pergi ke tak... kalau tak pergi.. alamat lambat confirm la axa ni nanti. Bila tengok dia ok balik... ayah aszra suruh axa gi je Melaka. Tuhan je tahu punya la risau. Pastu dengar aszra sibuk sebut "nak gi toilet".. hmm dia memang dah pandai nak gi toilet each time sakit perut nak membuang.

Axa di Melaka... dijadualkan dari Selasa hingga petang Sabtu. Banyak aktiviti nak kena attend selain gi kelas. The best part rasanya.. sukaneka dalam pool yang dalamnya 1.2 meter. Pastu belajar menari tarian pocho-pocho. Rasanya most of government servant tahu kot tarian pocho-pocho ni.. especially PTD la.. Jumaat pagi.. lepas senaman pagi dan pocho-pocho, axa tengah kat hp ada 2 miss call dari adik. Jarang adik nak call pagi2 buta. Call balik dan adik kata.. aszra dah lembik.. tetiba je axa rasa lemah seluruh badan. Mata dah tak leh tahan.. terus nangis.. Call mak.. mak ckp since axa gi kursus aszra kurang nak makan... dia tak nak menyusu.. dan khamis tu dia memang tolak semua. Jumaat tu.. ayah aszra terus ambik cuti. Axa pulak.. kalau boleh terbang... masa tu juga rasanya nak terbang. Mak kata.. since axa gi kursus...aszra asyik tanya je.. "ibu mana?". Jumaat tu juga.. axa kena ambik exam. Kalau tak lulus.. nak kena mengulang. Masa tu dah bagi urusetia.. nak mintak balik KL awal...right after exam. Alhamdulillah...urusetia benarkan dan sib baik ada penceramah yang nak balik KL petang tu. So.. pagi tu axa cuba fokus pada exam... alhamdulillah.. axa dah tahu resultnya semalam.. lulus.... lega... Jumaat petang tu terus balik KL. Jumpa aszra.. memang nampak cengkung anak kesayangan axa tu... pastu tiba2 dia kata..."ibu.. aja nak mc Onald". Biasanya dia akan makan nugget dan fries... memang berselera dia makan petang tu... Nampak dia happy.. Doktor kata perut dia angin.. sebab kurang makan atau menyusu... Sejak axa balik dari kursus... aszra tak ada problem makan... berselera je dia.. semua kata.. dia rindu kat axa kot.. heheheh... bila malam.. sambil tengok tv.. dia akan mintak axa baca kan cerita Cinderella.. "Ibu.. read book ella".. kadang2 dia pulak suruh axa dengar dia citer. Cinderella tu memang dia minat. Lagi satu favorite movie dia sekarang... Enchanted... tiap2 hari nak tengok citer tu. Alhamdulillah... aszra dah makin bijak. Dah pandai beza kan mana yang elok dan tak elok. Kalau nampak barang kaca atau mudah pecah.. selalu ingatkan org "No touch".. so axa dan family tak ada masalah nak letak barang hiasan kat rumah... heheheh.....
Anak dara axa yang satu

Bergambar dengan pengantin (Cousin)


Dah jadi tradiri.. semua cousin.. pakai baju sedondon... aszra pun sibuk menyelit

Monday, November 03, 2008

Updates

Salam... baru la dapat jenguk blog ni. Dah seminggu lebih tak sentuh. Actually last week axa berkursus ni Puteri Resort Melaka. Hari dan esok.. pun ada kursus jugak.. tapi kat INTAN ni jer.. Penat balik kursus pun tak habis.. dah sambung dengan wedding cousin axa semalam. Sangat busy sampai la hujung bulan 11. Tempahan cupcakes untuk bulan 11 axa terpaksa tutup... sebab tengah bulan ni axa ada large order untuk wedding orang... pastu dah busy dengan wedding adik pulak. so.. tempahan cupcake hanya akan dibuka balik selepas 24 November 2008. Harap maklum ye.. maaf la pada yang request dan tak dapat axa penuhi. Kat bawah ni ada gambar2 cuppies yang axa siapkan sepanjang minggu lepas...sebelum gi kursus.
Ni vanilla sponge cake..with butter cream icing untuk birthday anak laily.. thanks laily bagi kepercayaan...


Set cuppies utk hantaran (green & Cream)

Set cuppies utk hantaran (green & Cream)


Set hantaran with gum paste flower + clear box

Setelah siap dihias oleh family pengantin

Ni tempahan untuk open house hari raya

Ni tempahan paling cute dan unik yang pernah axa terima.. customer axa ni nak show her appreaciation to the in laws family...