Salam petang Isnin... lama lak rasanya axa tal update blog. biasala... alasan utama adalah Busy. Hehehehe... Ok la.. offically axa dah pun berpindah ke rumah KAMI di Setia Alam pada Sabtu 11 Oktober lepas. Pindah ni antara perkara yang memenat kan la.. Tak sempat pun nak ambik gambar masa pindah randah tuh. Trip hari tu.. bermula dari lori mengangkut set bilik tidur kat ruma mak kat Kapar.. then drop barang2 tu kat Setia Alam. Lepas tu terus ke Cheras.. angkut katil, meja, mesin basuh..kabinet tv dan barang2 lain... singgah lak kat Sunway Kayangan...ambik set bilik tidur Aszra. Pastu baru la balik ke Setia Alam... sangat penat. Ni pun rumah tak habis kemas dan hias pun lagi....
Kosong je lagi ruang tamu axa ni.. tak sempat hias apa pun
Alkisah.. Khamis dan Jumaat lepas, axa bercuti.. nak kemas rumah + settlekan pembatalan bil2 rumah cheras. Petang Jumaat, on the way dari Pandah Indah nak ke Damansara... tiba2 la Matrix kami tu terberhenti kat tengah2 flyover kat area Pandan Safari. Dah la tengah jam.. hujan renyai2 lak tuh... start2 tak leh jugak. Maka.. keluarla ayah aszra utk tolak kereta ke tepi. Dah le dalam tu banyak barang2 dari rumah cheras. Then ada 2 org mekanik yg kebetulan lalu tolong tengokkan... hhmmm rupa-rupanya timing belt putus la pulak. Adusssssssssssss... setahu axa kalau timing belt putus ni, belanja baikinya ribu riban...huwaaaaa... dah le kami ni tengah pindah rumah baru. So.. since jumaat, Matrix tu kat bengkel kat Esso. Ada mekanik tolong buat. Tak sure lagi kena berapa... Hari ni InsyaAllah siap la... Sabar je la..dugaan ni.
Weekend ni hari tu sempat jugak la menyiapkan tempahan cupcakes. Alhamdulillah rezeki... Just nak bagi tahu.. Axa dah tutup order untuk bulan November. Sebab November agak pack jugaklah jadual plus adik nak kawin pulak...hehehe.
1 comment:
k.as,
langsir umah tu cantik..
kredit to mak k.as.. :D
Post a Comment