Wednesday, April 25, 2007

Kisah seorang yang mencintai...

Seseorang yang mencintai kamu.....
Tidak bisa memberi alasan Mengapa ia mencintaimu...
Dia Hanya tau, di mata dia...
Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...
Sebenarnya Selalu membuatmu marah/gila/cemburu/stress...
Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah ia lakukan...
Karena semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu....

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu...
Seseorang yang mencintaimu...
Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...
Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan rela melepasmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...
Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain....

Pernahkah kamu mencintai seperti itu???

Merapu di tengah malam

A'kum.. jam menunjukkan pukul 3.10 pagi. Mata axa tak nak tidur. Entah.. banyak sangat benda yang axa fikir. Serabut sangat. Kat tv ManU ngan Ac Milan tengah seri 1-1. Tak layan sangat bola..so layan pc la. Ni IS tak siap2 lagi. ada 2 chapter lagi. Giler le..bile la nak siap. 29 April ni due date. Mana nak cari inspirasi ni.. inspirasi dah hilang bersama angin malam yang tak bertiup malam ni agaknya. Yang entah dah pergi mana tah. Datang la angin, supaya aku mampu bernafas kembali!

"Kadang kala kasih sayang perlu pengorbanan walau yang terpaksa dikorbankan amat menyakitkan. Demi melihat orang yg tersayang bahagia...maka pengorbanan akan menjadi satu keindahan dan kenangan yang takkan dapat dilupakan. Mudah-mudahan, yang bekorban juga akan bertemu kebahagiaan."

Apa merapu2 ni axa? Memang sah dah pening tengah2 malam ni. So stop!

Thursday, April 19, 2007

Semua tentang Aszra



A'kum, salam di pagi Khamis. Just nak citer tentang aszra yang dah nak masuk 11 bulan, hujung bulan ni.

1. Kalau bagi any hp kat dia, dia akan terus letak kat telinga dan sometimes dia berckp (bahasa dia lah)
2. Kalau dia pegang remote control dia akan halakan ke tv dan tekan2 button kat remote tuh. Kalau kena kat tukar channel..memang tertukar lah channel tv tu.
3. Aszra dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa2. So tinggal nak melangkah je la.
4. Kalau aszra tengok tv dan ada bunyi muzik, dia akan menggoyang2 kan badan dia ala2 menari.
5. Kalau aszra naik kereta dan bila pasang radio, dia akan terus menyanyi (bahasa dia jugak)
6. Kalau aszra tak nak, dia akan geleng2 kepala tanda dia tak nak.
7. Kalau wan pukul atuk, aszra akan marah kat wan dan gi pukul wan balik.(memang garang budak kecik ni)
8. Kalau diberi pilihan antara buku dan mainan, aszra akan ambik buku. Dia pantang jumpa buku coz dia suka selak satu2 muka surat buku tuh.
9. Aszra tak takut dengan binatang. Dia suka gi kat akuarium dan nak terkam ikan flowerhorn ibu yang garang tuh.

So far tu perkembangan aszra sekarang selepas hampir 11 bulan dilahirkan. Seronok tengok tumbesaran dia. Mcm tak percaya masa lahir berat nya 2.55 je..sekarang ni dah cecah 9 kilo dah. Mudah-mudahan aszra diberi kesihatan yang baik dan membesar dengan sempurna. Amin.

Tuesday, April 17, 2007

Sepucuk Lembaran Luar Daerah

Lewat pagi ini,
Ku terima sepucuk lembaran,
Ku baca penuh debaran,
Ku tatapi penuh pengharapan.

Tangkai hati ku putus berdarah,
Empangan air mata ku pecah melimpah.

Sepucuk lembaran dari luar daerah,
Mengimbau memori indah dah payah,
Mencari kasih yang makin hilang,
Mencari sayang yang makin tenggelam.

Sedih, Sayu.
Lembaran ni ku baca berulang kali,
Meniti setiap baris, hati jadi terkunci,
Bukan kerana aku benci,
Kerana aku terlalu menyayangi,
Dan kekal mencintai.

-Lovely Albeira
Antologi Puisi Aku dan Dia-

Monday, April 16, 2007

Let the pictures talk


A'kum.. Salam di pagi isnin.. dah lama axa tak menulis. Hmm.. so many things happened and so many things nak kena selesai.. tak selesai2 pun lagi. My brain is starting to stuck. Memang tak leh nak tulis banyak2 sekarang ni. Still menghitung hari2 terakhir. Lepas semua selesai, i promise menulis balik kat sini... So, let the pictures talk.....

p/s: nak wish..
1. Happy anniversary to Mak ngan Ayah, yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 33 tahun pada 14 April 2007. Semoga perhubungan akan terus kekal ke akhirnya. Thanks coz jadi mak ngan ayah yang terbaik untuk your two daugthers. Really happy coz mak ayah seronok lepak kat Menara KL.

2. Happy birthday untuk Ibu yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 60 tahun pada 15 April 2007. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana menjadi seorang ibu mertua yang sangat baik dan sporting. Really hope ibu happy dengan small birthday party with family @ Cruise Tasik Putrajaya.

Friday, April 13, 2007

Aku Patut Membenci Dia

~Aku Patut Membenci Dia~

Mungkin aku patut membenci dia,
Kerana mencintaimu,
Jujur kukatakan,
Aku tak rela,
Dia mencuri hatimu,
Kerana kulebih dulu,
Jadi kekasihmu,
Yang dengan sungguh mencintaimu,
Ku tak ingin dirinya,
Menggantikan aku,
Kerana kutahu,
Kulebih baik dari dirinya...
Aku ingin dia,
Biar pergi jauh,
Pergi jauh darimu,
Kerana kulebih dulu,
Jadi kekasihmu,
Yang dengan sungguh mencintaimu,
Ku tak ingin dirinya,
Menggantikan aku,
Kerana kutahu,
Kulebih baik dari dirinya...
Mungkin aku patut membenci dia......

Monday, April 09, 2007

Just a drop by message


A'kum.. maaf, tidak banyak yang boleh ditulis di sini. Terlalu banyak yang perlu axa selesaikan dan priority harus diberi kepada kehidupan axa buat masa ni..