Monday, May 10, 2010

Harapan saya, seorang Ibu.

Salam pagi Isnin.. Saja terrajin nak cerita something kat sini. Semalam hari Ibu.. saya dan keluarga bawak mak dan ayah makan2 kat Chicken Rice Shop.. tu je la favourite mak.. so ikutkan je la.. Malam sebelum tu makan2 dengan ibu mertua saya di Paroi.. pun ibu mertua saya pilih tempat..mee hoon sup kat situ sedap kata nya.. Hmmm.. memang sedap! Aszra boleh habis semangkuk.


Saya nak bercerita tentang anak2 sebenarnya. Dimulakan dengan si kecik Asyif. Memang la dia si kecik.. tapi dia tidak kecik. heheheh. Alhamdulillah.. Asyif dah pun 3 bulan lebih. Masa gi cucuk untuk 3 bulan last week, bila timbang Asyif dah cecah 8.3kg. Mak aaaiii... semangat betul anak ibu yang satu ni. Dulu kakak dia.. nak cecah 6 kilo pun dah nak dekat umur setahun. Then..Dr ukur panjang.. pun memang tinggi anak ibu ni. Dr kata.. untuk baby 3 bulan, Asyif dikategorikan sebagai baby yang tinggi. Ikut ayah dia la tuh... sebab tu berat pun sungguh memberangsangkan. Cuma Dr kata sepatutnya berat ideal Asyif 7 kg. So dah terlebih 1.3 kg. But nothing we can do.. coz Asyif masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu dia ni. Berkat minum susu ibu.. Alhamdulillah... membesar bagai johan anak ibu. Tak apa la.. as long Asyif sihat tanpa sebarang penyakit, ibu dah cukup bersyukur. Setakat 3 bulan ni.. Asyif dah pandai nak berkomunikasi dengan org sekeliling dia esp Ibu dia ni la. Pantang nampak ibu.. dia akan tegur (ikut bahasa dia).. dan buat gaya nak susu. ehhehe. Bila dengan kakak dia.. dia suka dengar kakak nyanyi... kalau kita ckp2 dengan dia, dia akan balas ckp2 tu dengan bahasa dia. Pastu, Asyif ni pun suka tengok TV macm ayah dan kakak dia.. kadang2 dia bising sebab tak nampak tv sebab terlindung.. bila di angkat dan duduk atas riba menghadap tv, senyap la dia... anak beranak sama je...ehehehhe.

Bercerita tentang si kakak Aszra pulak. Biasala anak dara saya yang bijak pandai ni. Sekarang ni dalam sehari mesti ada nak speaking english dengan saya. Kalau lepas balik kelas music lagi la.. menyanyi2 la dia. Walaupun kadang2 ayat dia tak betul2 perfect dan campur2 dengan bahasa melayu, tapi saya kagum dengan kesungguhan dia untuk berfikir untuk create ayat in english. Bila dia tak tahu.. dia akan tanya saya atau ayah dia. Semalam hari ibu.. dia buatkan kad untuk saya (actually ayahnya la yang tolong buatkan). Pastu malam tadi Aszra ckp kat saya " Mommy.. i love u mommy.. i have something for u. I give u this card. Thanks u mommy". Oh ya.. bila Aszra speaking, dia akan panggil saya "mommy", ayah dia "dad", Wan "grandma" dan atok "grandpa". Saya tak ajar pun.. ikut tv atau pun belajar kat kelas kot...ehehehhe. As ibu.. saya happy sangat tengok perkembangan anak2 saya. Harapan saya di hari ibu...semoga kedua2 anak saya menjadi insan yang baik, bijak dan berpekerti mulia. InsyaAllah....

2 comments:

FAZA @ IMA said...

hai.. meh la tgk2 selipar manik.. jadi yg pertama pakai kat msia tau.. cantik dan berseri di kaki.. mesti ummppphhh !


www.realelite.wordpress.com

resource-science.blogspot.com said...

make money, click my name or http://paidtoclick-4you.blogspot.com