Monday, May 24, 2010

EPSA Family Gathering 2010

Salam petang Isnin. Baru hari ni saya berkesempatan nak update blog ni.. dah kat 3 minggu terbengkalai. Saya banyak kerja kat ofis.. duk kat lab buat tensting courseware yang pending tak sudah2..Alhamdulillah 10 kursus dah lepas untuk ditawarkan secara online... memang berhempas pulas la...

So, untuk menghilangkan stress kerja, weekend lepas, program saya Program E-Pembelajaran EPSA buat Family Gathering kat Bayu Beach resort PD. Kami kumpul duit dan semua bersetuju nak gi outing. 80% daripada team EPSA join bawak keluarga masing2. Check in bermula pukul 3 petang. Saya bertolak dari rumah lepas Aszra habis music class dia. Kami sampai dalam kul 4. Saya, Sato a.ka Suzie dan Nizam berkongsi satu apartment 3 bilik. Yang family lain2 ada yang ambik studio room dan deluxe room. Rate kat sini not bad la.. lagi pun diaorg bagi rate government kot. Petang tu..kul 5 kami semua berkumpul di tepi pantai untuk aktiviti sukaneka. Kami sepakat ramai2 pakai baju merah. Memang nampak berseri2 semua duk tepi pantai. Acara untuk org dewasa termasuk la lari dalam guni, tarik tali, selipar gergasi, lari kaki tiga.. pastu kanak2 pulak acara bawa bola pinpong dalam sudu dan tarik bola guna gelung. Alhamdulillah semua sporting pulak tuh.. ada yang jatuh tergolek.. ada yang buat aksi mcm2 la.. Bos2 kami pun semua sporting..termasuk keluarga masing2 yang join.. tak ada lah yang buat hal sendiri atau malu2 nak join...

Saya bersyukur sangat dapat rakan2 sekerja yang mcm team saya sekarang. Kami sangat rapat antara satu sama lain. Walaupun kadang2 ada perselisihan masa menjalankan kerja masing2.. tapi bila habis kerja je.. semua dah tak fikir kerja dah.. kami boleh lepak makan2 sama2..boleh gelak sama2.. sebarang masalah dalam kerja tak simpan dalam hati la.. bos2 pun sangat supportive... Jom layan sebahagian gambar2 masa saya dan keluarga di PD. Yang lain2 saya up dlm FB.


ni keluarga KAMI yg serba merah



Saya sedang bersedia utk lari dlm guni.. dpt no 1 tau


Aszra join acara bawak bola pinpong dlm sudu.. lembah lembut je anak ibu ni

ni acara tarik tali.. sengal jugak badan..

Aszra dengan acara tarik bola

En Asrof dengan acara selipar gergasi
saya dan kawan2.. bulat betul la si asyif ni..


acara barbeku..dan penyampaian hadiah...

3 comments:

Unknown said...

Ini bos2 tak join ker?

Unknown said...

Join je..en sabri ngan kak rosni ada.. en frank ngan puan fatmah je tak join sebab ada hal yg tak dpt di elakkan

maizikeem said...

Asyif tembam. Glad you all had a good weekend.