Saturday, March 20, 2010

Saya dah habis pantang

Salam petang Sabtu...cuaca tetap panas..mcm hari2 lain jugak. Hujan kadang2 je... Memang panas betul la. oh ya.. seperti tajuk entri saya, alhamdulillah saya dah selamat menghabiskan tempoh berpantang saya. Rabu hari tu..hari yang ke 44. Lega saya dah melepasi tempoh tuh. Yer la kan..ikut adat melayu byk pantang larang yang kena ikut..makan kena jaga.Tapi ada jugak yang saya tak ikut. Cth: tak leh keluar rumah...saya keluar jugak gi Tesco, beli barang dapur. Keluar gi inject Hep B Asyif. Tak apa la...apa2 pun dah selamat dah saya berpantang.

Seronok ke habis pantang ni? Nak kata seronok ..mesti la suka sebab kehidupan dah kembali normal. Tadi ada certain aktiviti yang terpaksa saya tangguhkan dulu. Contohnya nak kembali main boling atau bersukan. Yer la kan..even pantang dah habis, saya masih kena jaga luka pembedahan kat perut ni. At least 2-3 bulan saya kena jaga. Harap2 MAKSWIP di buat pada bulan Jun ke Julai ke..dapat la saya wakil JPA balik.

Ni masa Asyif kena ruam kat pipi..sian merah2 pipi dia. Sekarang dah ok..licin dah pipi dia.

Bercerita tentang Asyif.. selepas berusia 6 minggu berat Asyif dah cecah 6 kg. Jangan terkejut..tapi itu la hakikatnya. Saiz Asyif dah macam baby umur 3 bulan. Sama besar dia dengan baby jiran kami Adrian. Memang dia sihat membesar bagai johan. Tanya Dr. tak apa ke baby saya ni besar. Dr kata ok... sebab saya fully breastfeed dia. Cuma Dr kata kalau boleh jarakkan waktu penyusuan pun ok jugak..Maklumla sekarang ni setiap sejam dia dah nak menyusu. Pastu kalau feed susu yang dipam guna botol, mesti nak 3 oz. Kalau tak dia menangis nak lagi.

Bawak dua budak kecik ni jalan petang2 kat depan rumah. Storller tu Aszra punya masa baby..elok lagi kami simpan... dapat si Asyif pulak pakai. Jimat!

Cerita tentang si kakak Aszra pulak, malam tadi kami bawak dia gi tengok Alice in Wonderland. Tiap2 hari dia mintak nak gi tengok movie ni. So..sempena ibu dia ni pun dah habis pantang, kami pun tunaikan keinginan dia tuh. Asal nak tengok yang 3D tapi asyik sold out je, maklumlah cuti sekolah. So tengok yang biasa je. Tapi memang best ..cantik2 dianyer graphic design. Citer Tim Burton memang tak pernah fail la dengan design yang lawa2. Saper2 tak tengok lagi...sila la pergi. Bawak la anak2..sure diaorg suka, mcm anak saya..ehehheeh.



3 comments:

Shima said...

Salam, Tahniah dpt melepasi tmph pantang 44 hari dgn jayanya. Geram tgk baby Asyif yg tembam. Anak Shima, Fatihah dah 7 bln tp berat blm cecah 6 kg lagi sbb t'lampau lasak sampaikan menyusu pun main2. Bila start keja atau smbg cuti sbln lagi ckpkan 3 bln?

Unknown said...

Salam Shima..tima kasih. Tu la si Asyif ni membesar bagai johan. Tak tahu la baby yang breastfeed mcm tu kot... Saya cuti 60 hari je.. 5 April start kerja balik..

shikinlatiff said...

best habis pantang.bleh makan balik yg takleh makan selama sebulan lebih hehe