Friday, January 15, 2010

Check Up @ 37 weeks

Salam petang Jumaat. Saya dirumah. Cuti hari ni.. Ayah Aszra pun cuti. Sebab utama bercuti ialah hari ni ada checkup kat hospital. Yer la.. dah 9 bulan memang kena datang every week la nampaknya. So pagi tadi... keluar rumah sekitar kul 9.30 pagi..singgah EON bank kejap ambik surat rumah... pastu terus shoot ke KPJ Selangor Specialist Hospital. Alhamdulillah... tak le menunggu lama sangat. Rutin biasa, ambik ukuran berat pastu gi buat urine test. Then jumpa Dr Siti Esah.. Kali ni Dr buat simple scan je, nak tengok heart beat baby. Then Dr tu check position baby.. semua ok, air ketuban ok, uri ok. Cuma kepala baby dah engaged ke dalam laluan... huhuhuh.. So Dr kata bila2 je boleh bersalin even saya baru mencecah 37 minggu. Kalau tengok bentuk perut ni pun memang nampak baby dah drop dah. Sekarang ni memang jalan slow habis la... terasa lambat betul pergerakan. Tak leh laju2 sebab sangat sakit kat bahagian bawah perut. Rasa berat sangat... Baby ni pun sangat aktif sampai menyebabkan ibu dia asyik ulang alik gi toilet. Sehari leh cecah 20 kali gi toilet tau.

Actually..at this stage memang terasa mcm nak cepat bersalin sebab mcm2 benda susah nak buat. Semua perlu bantuan orang. Nak bangun dari katil pun nak kena berpaut. Pastu kalau ada barang jatuh kat lantai..lagi ler.. amat mengharap orang lain dapat bantu. Sebenarnya saya tak pernah experience sampai sejauh ni. Masa mengandung Aszra dulu, cecah 37 minggu saya dah bersalin.. masa tu Aszra nyer berat 2.55 kg jer. Sangat la ringan. Saya bersalin awal sebab tiba2 darah naik tinggi dan urine ada protien sampai 3 plus. Keadaan tu dipanggil pre-eclampsia. So memang kena keluarkan baby.. sebab bahaya untuk ibu. Saya diinduce.. so saya hanya sakit after 3rd induce. So sekarang ni... saya agak berdebar2 coz saya tak ada experience dengan tanda2 nak bersalin. Tadi tanya Dr.. so Dr explain.. ada 3 conditions yang memerlukan saya utk ke hospital. 1. Ada keluar darah.. 2. Water Beg pecah 3. Contraction yang berkala setiap 10-15 minit. Huhuhuh... tak tahu la apa tanda yang saya akan dapat. Takut la pulak.... just berdoa mudah-mudahan dimudahkan la segalanya untuk saya. Akar Fatimah yang saya dapat dariMekah dah pun saya rendam.. just tak sure bila nak minum.. ada orang kata tunggu akar tu kembang baru minum airnya. Masa Aszra dulu bila dah induce baru saya minum... tak tahu la.....

4 comments:

sato17 said...

akak,

banyakkan baca surah maryam ngan doa nabi yunus ye.. i'Allah dipermudahkan.. :)

maizikeem said...

contraction every 5mins Asnida maknanya tu nak dekat sangatlah. So jangan nak renyah sana sini. Dah amik cuti kerja ke belum? Better do it soon la. Don't wait.

Azmir Ismail said...

memang dah anytime ni As... jaga2 baik ye .. InsyaAllah, semua okay. Kami datang lawat bila awak dah bersalin nanti.. berpantang di mana ?

Cheyzu said...

Take care & good luck yer Axa... Semoga sume nyer berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.