Thursday, December 24, 2009

Aszra yang Solehah

Salam petang khamis.. terasa malas betul hari ni. Esok cuti krismas...horeeyyyyyy. Rasanya nak gi shopping barang baby la esok. Oh...bukan nak citer pasal baby dlm perut ni tapi nak citer pasal kakak si Baby As ni, Aszra binti Asrof, buah hati pengarang jantung tu la.



Ni la kakak2 yang suka sangat gomol2 Aszra masa kat kelas.. finally si Aszra ni lak yang rimas. habis senget2 tudung dia.


Semalam... bertempat di Dewan Raja Lumu, Muzium Shah Alam berlangsung la Majlis Anugerah Cemerlang, Khatam Al-Quran dan Amal Islami Institut Iqra' Bestari (IIB) 2009 untuk kesemua cawangannya. Kira majlis ni gabung semua cawangan la. Kat sini la si Aszra ni mengaji kan...so as ibu bapa yang prihatin axa dan ayah aszra pun pergi la... kira ni first time la kan axa dan ayah aszra nak gi majlis cam gini yang berkaitan dengan pencapaian anak2. Majlis ni mula kul 8.30 mlm... actually axa pun tak pasti sangat si Aszra ni ada nak naik pentas ambik hadiah ke. Maklum la selalunya bebudak yang ada ambik hadiah je ibu bapanya dijemput. Tapi ustazah dia yer2 suruh we all pergi. Then sampai2 dapat buku aturcara... tengok2.. ooo ada nak ambik anugerah jugak Aszra ni. Nama dia tersenarai dlm penerima Anugerah Kecemerlangan Kehadiran 2009. Baru teringat... ustazah ada bagi tahu axa... even Aszra baru je beberapa bulan mengaji..dia dapat anugerah ni sebab dia adalah pelajar paling muda yang mendaftar di IIB. Sebelum ni paling muda semuanya umur 4 tahun ke atas... so kira mcm diaorg bagi penghargaan atas kesungguhannya untuk mengaji.


Nama Aszra dalam buku aturcara... 4 orang je yang dapat dari IIB Setia Alam



Untuk pengetahuan, IIB ni ada tadika islam untuk kanak2 4-6 tahun, pastu ada kelas agama KAFA untuk bebudak darjah 1-6 dan juga kelas mengaji Qiraati bermula dari Qiraati 1 sehingga tamat Quran. So malam tadi kira hari penyampaian hadiah untuk semua kelas la.. IIB ada 3 cawangan, Setia Alam, Bukit Jelutong dan Puncak Alam. Ramai jugak pelajarnya. So far aszra hanya gi kelas mengaji sebelah malam je. Pencapaian dia pun ok.. bila balik rumah suruh baca balik.. alhamdulillah dah pandai anak sulung axa tu.

Majlis berlangsung agak slow.. banyak sangat hadiah nak dibagi. So.. menunggu turn aszra nak naik pentas punyer la lama. Si Aszra dah bising bila nak ambik hadiah.. ala bukan hadiah pun...sijil je. Dia dah terover excited tengok orang lain naik pentas. Risau jugak axa kalau dia tak pandai nak gi jalan sendiri dan salam ambik sijil tu nanti. Tapi bila sampai masanya.. amboi2.. nama dia dipanggil ajer.. terus naik tangga pentas, dah tak pandang dah ibu dia kat belakang. Elok je salam pemberi sijil tu... Yang bagi sijil tu terkejut tengok kecik sangat si Aszra tu.. semua dok tanya umur dia berapa.. sib baik la ayah sempat snap gambar Aszra atas pentas tuh. Terharu jugak.. kecik lagi anak axa dah naik pentas. So sekarang ni Aszra sangat excited ngan sijil dia tu. Pagi ni siap bawak gi umah Wan.. sebab nak tunjuk ngan Wan ngan Atuk. Tak apa la.. biar lah dia dengan kegembiraannya. Axa as Ibu pun happy bila tengok anak happy. Saja bagi aszra semangat suruh dia mengaji dan belajar baik2.. mudah-mudahan leh ambik hadiah kecemerlangan lain pulak nanti dan jadi anak yang solehah.. InsyaAllah....


Selamba je naik pentas..

Terus je nak posing ambik gambar ngan sijil dia..tersipu2 lak tuh..Tahniah anak Ibu

6 comments:

auntie sato said...

comell!! :D sejuk hati ibu mengandung.. moga sikap rajin mengaji berkekalan smpi ke tua.. amin.. :)

Nora said...

matured la anak ko ni As, comel lak tuh. Besor nanti sure ramai pakwe ni mcm ibu dia. heheheheh

Unknown said...

Sato.. mudah-mudahan la kan.. cepat naik al-quran dan khatam al-quran.

Nora.. baru ko tahu anak kite tu dah mcm budak besor. Tu ko belum dengor dia berckp lagi, mcm orang tua dah. Pening kadang2 dengan dia nyer soalan. Wei... part banyak pakwe tu sorry ekkk.. Ibu dia ni setia orangnya.. cuma ramai peminat memang yer...huhuhuhu (jangan muntah yer)

Unknown said...

Eiii..comel nye dia ambik sijil....anak teruna kak dy yg sebaya Aszra ni takmo nya dia agaknya kalau suruh naik pentas..mau mama kena naik sama..hihihi

Unknown said...

tu la Kak Dy.. dia ni memang berani sikit. Selamba je naik pentas..tak pandang belakang dah.. saya ni yang cuak takut dia tak tahu nak buat apa.. ehhehehe

Priyanka said...

Good post and looking forward for future updates

Thanks
SEO Services