Tuesday, October 13, 2009

Aszra dah pegi mengaji

Salam petang Selasa. Dah petang mcm ni baru lah leh nak update blog. Dah seminggu lebih tak terjenguk.. axa sangat sibuk dengan kerja dan training. Habis je training kena mengadap kerja yang melambak2.. Kul 6 lebih pun tak balik-balik lagi.

Actually nak bercerita tentang Aszra. Malam semalam (12 Oktober 2009), Alhamdulillah... Aszra dah memulakan kelas mengaji Qiraati di Institut Iqra' Bestari, Setia Alam. Dah hampir 2 bulan axa mencari tempat belajar mengaji untuk dia.. Finally dapat pun. Sabtu lepas pergi register dan semalam dah mula... Aszra paling kecik dalam kelas... yer la.. dia baru 3 tahun lebih.. yang lain2 tu dah cecah 6 tahun..heheh. Jangan la terkejut. Bukan axa nak paksa dia untuk gi belajar mengaji.. tapi dia nak mengaji atas kehendak sendiri. Asalnya.. Wan dan Atok belikan Aszra CD Iqra'. Tiap2 hari dia pasang kat Laptop.. sampai dia dah hafal Alif Baa Taa tuh... Membunyikan baris pun dia dah boleh ikut. Finally dia sendiri mintak nak belajar dengan ustazah coz dalam CD tu ada ustazah yang mengajar. Memang la Aszra tu kecik sangat lagi... tapi bagi axa, dia dah minat... kenapa mesti stopkan minat dia kan. Axa dah pesan kat ustazah yang mengajar dia tu... axa tak expect aszra akan terus pandai mengaji dalam masa yang singkat... biar la dia ambil masa yang panjang.. as long dia minat. Tapi kalau dia mampu untuk catch up cepat.. lagi bagus.. Ibu mana yang tak suka kan... anak kecik2 dah boleh mengaji.

Currently, Aszra masih ke kelas Tumble Tots... yang lebih menumpukan pembelajaran dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah... penerimaan aszra sangat baik. Dia dah boleh bertutur dalam bahasa inggeri dengan kami. Kadang2 terkejut axa dengar dia ckp.. yer la..tiba2 je mcm2 word yang dia dah boleh cakap. So.. axa rasa, menghantar Aszra ke kelas mengaji pada waktu ini, keputusan yang tepat. Perlu la seimbangkan. Lagu orang putih dah boleh menyanyi..dah boleh berckp.. nanti aliff baa taa pulak tak kenal..eheheh.. apa2 pun semuanya bergantung pada minat Aszra. Axa dan ayah aszra tak memaksa pun.. selagi dia happy.. we all pun happy... apatah lagi yang melibatkan pendidikan mcm ni kan..

Next year we all terpaksa stopkan kelas Tumble Tots.. last class will be on Disember la. Kenapa?? Sebab fee next year naik sampai 3 kali ganda dari fee sekarang... kalau setakat naik seratus dua ratus ok lagi... ni naik sampai 1K bezanya. So.. axa kena cari alternative lain la. Ada jenguk 2-3 tempat..KUMON.. tapi terlalu serious la.. focus Math ngan English. Rasanya we all decide untuk hantar Aszra ke YAMAHA Junior Program kat YAMAHA Music Setia Alam. Programnya not bad.. medium in english dan yang penting Aszra happy... Kalau ikut si Aszra..dia mintak gi kelas ballet.. tak tau la mana dia tengok.. Gi kelas music je yer.. at least aszra leh main music mcm ibu, ayah dan atok..... InsyaAllah....

6 comments:

Arai Utan Ujan said...

alhamdulillah..syok baca journal kamu nih ;) btw,congratulation on Aszra!!3yo,aite..tringat masa saya ajar adik saya 3yo membaca suratkhabar 22 tahun yg lalu.sbb waktu tu xbyk lg kelas2 cm qira'ati,tumble tots,ballet n yamaha jr. nih (xmampu sbenarnya.hu2..)

p/s: tumble tots tu kelas apa sbenarnya?

eYe said...

Akak, bgs la..hope aszra rajin2 ngaji lepas ni...

Ruby Alias said...

wah aszra, a keen learner dier ni ..yup its good to pursue their interest and get them involved frm an early age ..music and language lessons ..bebudak senang pickup

Unknown said...

asrziasari.. thanks sudi jenguk blog ni.. Tumble Tots tu learning class untuk budak2 bawah 7 tahun. Medium in english.. mix education, arts, games.

Ai.. mudah-mudahan rajin dia ngaji. Alhamdulillah after 3 hari gi ngaji dah leh baca sampai muka surat 2 qiraati

Ruby.. tu la.. otak dioarg ni fresh lagi. Kena bagi masuk yang elok2 je.. nanti otak dah absorb benda2 lain, payah lak nak suruh belajar kan...

Anonymous said...

alhamdulillah...seronok baca citer aszra :)

as..comel baju2 kurung aszra..mana beli? nak pi skodeng ni...

Dania's mummy said...

wah, comel nya budak ni. Ni baya anak saya yg sulung ni. Btw, thanks for drop by kat blog saya yer. nanti de yang menarik pasal homeschooling saya share2 kat blog.