Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Salam 30 Ramadhan... Hari ni last day semua umat islam berpuasa tahun ni.. Sempat lagi axa online... actually axa kat Setia Welcome Center.. Sales Office Setia Alam.. ada urusan sikit kat sini.. so alang2 ada internet.. apa lagi.. update blog la...

Ok la.. just nak ucap kan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali axa.. Axa juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan yang axa sedar atau tidak sedari. Semoga di hari raya tahun ini.. menambah kan lagi keberkatan dan disamping mengeratkan lagi tali persaudaraan(macam ayat dlm kad raya la pulak). Pada yang balik kampung... hati2 memandu. Tahun ni, raya pertama axa di kapar, umah mak.. raya kedua akan terus ke Seremban dan axa serta keluarga mertua akan terus balik ke Mersing Johor... So..sekali lagi..Salam Aidil Fitri...

Asnida
Asrof
Aszra

Monday, September 22, 2008

Minggu-Minggu Akhir Ramadhan

Salam 22 Ramadhan. Lagi 8 hari je nak raya.... Di minggu2 akhir ramadhan ni la makin sibuk pulak rasanya. Dengan kerja yang tak putus-putus, persiapan wedding adik lagi... dengan preparation masuk rumah baru lagi... letih sungguh. Nak update blog pun tak sempat. Ni sementara ada masa.. update je la apa2 yang patut.

Cupcake Ramadhan..
Tempahan cupcake berjalan seperti biasa, even bulan puasa ni. Berbuka ngan cupcake pun best jugak...ehheee..Hujung minggu ni...ada large order..





Aszra paling suka bila ibu buat cupcakes

Rumah Kami..
Perabot baru dah siap masuk... langsir pun dah siap pasang. Kitchen cabinet tengah dalam pembikinan...tikar/carpet pun dah pasang. So...dlm checklist tinggal nak beli water heater untuk 3 bilik air dan peti sejuk baru....huhuhuh... Memang cadang lepas raya nak pindah masuk.. nak kena angkut set bilik tidur kat umah mak tuh... nak bagi laluan kan set bilik tidur wedding adik pulak.. Sementara tu, kat rumah Cheras..axa dan ayah aszra buat proses pembuangan barang2 yang tak pakai dan pack barang2 yang nak dibawak pindah.. banyak nyer nak kena buat.....

Monday, September 15, 2008

Kesibukan sepanjang Ramadhan

Salam 15 Ramadhan.. Kejap je dah separuh bulan puasa. Lagi 15 hari raya la pulak. Sangat cepat masa berlalu. Axa ni sepanjang bulan puasa ni la pulak..sangat sibuk dengan kerja. Ayah Aszra kata, sejak kawin dengan axa, tak pernah dia tengok axa sesibuk dan se stress ini. Kalah kerja private. Tu la.. kalau ada orang selalu kata kerja government ni goyang kaki...silap la. Mai la cuba masuk government.. baru tahu langit tinggi rendah...heheheh.

Barisan AJK MB

Makan sampai kenyang

Even sibuk bebenor sepanjang hari bekerja.. tapi bila time buka posa, kena enjoy buka puasa juga. AJK2 MB pun ada buat gathering berbuka puasa, acara wajib setiap tahun. Kali ni kat Hotel Seri Petaling. RM 46.. dan sangat berbaloi.. banyak pulak tu makanannya. Daging bakar, kambing bakar..ketam goreng...yummy.. sedap2.. Kali ni 15 orang join buka puasa. Lama kami tak jumpa.. dapat la jugak tengok Baby Hana, princess Mleo & Husin. Lepas buka posa tu... ramai2 gerak ke EP, port kami main boling. Actually tak bawa bola boling pun... tapi lama tak main...so main je guna house ball dan house shoe.. axa yang pakai long skirt dan Sato yang pakai baju kurung pun bantai main jugak... rindu benar kot lama tak main...huhuhuh...

Kami


Depan Hotel Seri Petaling

Then.. Ahad 7/9 pulak.. axa, ayah aszra dan Aszra ke Iftar '08, MRSM Jasin batch 94/95. Tu batch ayah aszra la... Buka puasa kat Penang Village Taman Tun Dr Ismail. Cantik restorannya. RM 45. Makanan pun ok..tapi tak banyak pilihan sangat. Lama juga lepak kat situ... biasa la ayah aszra jumpa kawan2 sekolah dia.. banyak la boraknya...
Aszra

Gambar ramai2 dengan ex MRSM Jasin & family

Friday, September 05, 2008

Buka Puasa @ Mines Resort City


Salam...pagi Jumaat. Dah masuk hari ke lima kita berpuasa. Axa kan... kalau hari ke lima puasa je mesti akan teringat kenangan 3 tahun lepas. Saat axa diberitahu oleh doktor yang axa mengandung. Petang tu seingat axa, badan panas.. sebab macam nak demam. Gi pasar Ramadhan semuanya bau tak menyenangkan. Tak ada selera langsung. Malam tu lepas berbuka, terus ke klinik kat area ofis, doktor kata axa mengandung 6 minggu...hehehe.. manis sangat kenangan masa tu...

Ok la.. nak cerita sikit. Semalam... axa , ayah aszra, sato dan zam gi berbuka puasa di Mines Resort City, area Serdang tu. Asalnya tak ada plan pun. Si Sato tu la... tiba2 je mengajak sebab ada promosi minggu pertama bulan Ramadhan kat situ. RM 38 nett. Not bad... even jalan agak jam tapi redah jugak. Kul 7 sampai sana... Makanan kat situ banyak la jugak. Ada nasi dan lauk pauk (local), pastu ada kambing salai dan lauk2 yang dibakar, segala jenis mee, salads, kuih muih.. ABC, roti canai, Yong Tau Foo, dessert pun sangat sedap... 2 slices cheese cake axa habis kan...hehehe.. tempat pun cantik. Berbaloi la bayar RM 38 tu...kenyang giler. Kami orang last keluar....




Wednesday, September 03, 2008

Mencuci Rumah KAMI

Salam...just nak update tentang rumah KAMI. Sekarang ni setiap hujung minggu mesti akan ke rumah KAMI. Lampu semua dah siap pasang... rumput pun dahsiap ditanam. Kitchen cabinet sedang disiapkan oleh ayah. Alhamdulillah...ayah axa ni memang mahir bab2 elektrikal dan buat cabinet. So..ayah la master mind.. Sekarang ni pun...dah mula angkut barang2 yang ringan2 je.. InsyaAllah lepas siap kitchen cabinet baru kami akan pindah masuk secara rasmi. Paling cepat lepas raya. Heheheh..

So 31 Ogos hari tu, kami sekeluarga gi membasuh rumah KAMI. Jenuh juga nak basuh...axa dan adik basuh tingkat atas.. sampai sakit pinggang la jugak. Tapi seronok.. Lain rasanya membasuh rumah sendiri ni... Si Aszra pun tumpang sekaki la membasuh. Rajin anak dara axa yang sorang tu. Dia tolong Mamacu cuci toilet. Biarlah sampai besar rajin nya..InsyaAllah.....

Aszra dah siap sedia dengan berus

Rajin buah hati axa ni... basuh bilik dia

Tapi finally...dia leh jadi superman la pulak..siap berguling2 main sabun.

Ni rumput mutiara yang siap ditanam. Thanks to Wan, Tok Ayah, Ayah Aszra, Neng, Badriah. Alhamdulillah semuanya menjadi.


Lepas cuci2 rumah....aszra keluar gi main basikal pulak...suka benor dia.

Tuesday, September 02, 2008

On My Birthday


Salam... 31 Ogos 2008, Alhamdulillah axa diberi peluang setahun lagi untuk menyambut ulang tahun kelahiran axa yang ke 30 tahun. Good Bye 20s..Welcome 30s. Usia semakin bertambah. Axa bersyukur dengan setiap kurniaan Allah, sepanjang 30 tahun axa menumpang di atas muka bumi ni. Pada umur 30 tahun ini, Alhamdulillah... axa masih mempunyai keluarga yang lengkap, mempunyai seorang suami dan anak, pekerjaan yang tetap dan kehidupan yang bagai axa adalah sebuah kehidupan yang sederhana dan sempurna... Untuk birthday axa tahun ni, kami sekeluarga ke Restoran Chandayu, Pulau Indah. Restoran makanan laut ni, terletak2 betul2 kat jeti sampan2 untuk orang ke laut. Best jugak makan kat situ...
Aszra yang sangat happy..especially bila ada birthday...
Dua orang "POLICE" yang selalu jaga axa
@ Restoran Chandayu, Pulau Indah