Tuesday, July 08, 2008

A KEY To Happiness


Salam....Ahad lepas bersamaan 6th July 2008, kami telah pun menerima KUNCI untuk RUMAH KAMI di Setia Alam. Alhamdulillah...ianya siap seperti dalam perancangan. Appoinment pukul 3.00 petang dipenuhi dengan penerangan secara ringkas berkenaan penyerahan kunci, penggunaan alarm, proses ubah suai dan macam-macam lagi. Seorang supervisor bersama-sama masuk ke Rumah Kami untuk memeriksa setiap barang-barang di dalam check list cukup dan sempurna. Alhamdulillah...sekali lagi, diperhatikan secara keseluruhan, belum ada apa2 complaint yang ingin dibuat.

dah siap masukkan keta dlm porch.. RUMAH KAMI type Semi-D Attach.. ada 10 kaki tanah kat sebelah tepi. Cukupla nak buat TAMAN KAMI

Selepas supervisor tu berlalu... axa dan ayah aszra berpandangan. Tersenyum.... ya, janji kami.. susah biar lah bersama, senang juge tetap akan bersama. Syukur alhamdulillah, dalam usia 30 tahun, kami telah pun berjaya memiliki rumah sendiri (walaupun masih loan dengan bank). Walaupun ada perasaan tidak sabar untuk pindah ke rumah baru, tapi hajat itu masih kami tahankan. Banyak yang perlu di selesaikan. Biar la selesai satu persatu. Grill, kitchen cabinet antara perkara yang menjadi keutamaan. Masih dalam senarai belanjawan kami. Pindah nanti biarlah semua telah lengkap. Tak perlu untuk tergopoh gapah. Alhamdulillah... sejak mula menandatangani borang jual beli hampir 2 tahun lalu, axa dan ayah aszra telah pun membuat belanjawan kami sendiri. Kami tak mahu terlebih belanja... biarlah semua mengikut kemampuan. Pindah rumah baru ni...bagaikan memulakan sebuah kehidupan baru. Biar lah kehidupan baru kami nanti lebih bahagia dan lebih bermakna. InsyaAllah...

6 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

tahniahhhhhh ... home sweet home ;-)

shahril aley said...

tahniah
akhirnya rumah idaman menjadi realiti
waaa... jeles plak
ermm berapa herge rumah tu masa beli?

Unknown said...

hai diana..
thanks.. nanti housewarming saya jemput ok

hai shahril... akak beli tahun 2006..masa tu belum start buat pun... harga masa tuh rm 259k.. sekarang ikut harga pasaran kalau nak jual balik dlm RM 320k

Anonymous said...

jiran!!! best nye ko dah dapat kunci...nie yg lagi tak sabar nak tunggu umah siap nie....

Anonymous said...

congrats! hepi sangat untuk korang. semoga hepi selalu & berkekalan hendaknya. Amin.

anne rafei said...

alo as..

selamat berumah :D

bila dapat umah, macam2 perasaan kan? excited ada, happy ada, sedih ada.. macam2lah... nanti mesti seronok "make up" kan umah tu..

seronok tengok gambo korang2 main boling.. giler lamanye lah tak main. huhuhu...