Tuesday, May 20, 2008

Kisah Aszra dan Anak Pokok Kelapa

Pada suatu hari di hujung minggu yang indah dan tenang, Aszra terasa seperti ingin menanam pokok kelapa di kebun Tok Ayah nya di Mersing Johor. Dengan menggunakan kereta sorong, aszra menyorong anak pokok kelapa yang hendak ditanam. Mari kita ikut Aszra..

" Hai kawan-kawan, hari ni Aszra nak tanam pokok Kelapa... jom! Mula2 sorang anak pokok ini ke lubang yang telah digali oleh Tok Ayah."

Setelah sampai ke tempat menanam, Aszra mula memerhati ke sekelilingnya.. Aszra mendapati tiada siapa menghiraukannya...Aszra sebenarnya memerlukan orang yang lebih dewasa untuk mengangkat anak pokok tersebut. Kelihatan, aszra mula memuncungkan bibirnya...

"Hello... aszra dah sampai ni.. tak ada saper ke nak angkat anak pokok ni"

Setelah menyedari, tiada siapa yang ingin membantunya... aszra mula berkira-kira untuk mengangkat anak pokok tersebut.

"Tak apa la..biar aszra angkat sendiri.. mula2 kite tarik anak pokok ni ke tepi...akan ku buktikan pada ayah dan ibu"
Dengan kudrat yang ada... aszra mula untuk cuba mengangkat keluar anak pokok yang kelihatan lebih besar dari aszra...

"ala...boleh je ni.. kita angkat dari bawah ok"

Selepas hampir 2 1/2 minit mencuba... anak pokok itu masih tidak mahu berganjak.. Aszra masih berusaha untuk mengeluarkan anak pokok tersebut. Sampai terpejam2 matanya...
"hieeyaaaaaaaaaaa...... tarik lagi"

Akhirnya Aszra mengalah... dia tahu..dia tidak mampu untuk mengeluarkan anak pokok tersebut. Walaupun kecewa..Aszra masih mampu memberikan senyuman.

"Ala... tak boleh la.. cam mana ni...kena mintak bantuan la"

Selepas puas merayu,.. aszra berjaya memujuk ayah untuk membantunya mengangkat anak pokok tersebut keluar dari kereta sorong.

"Ok ayah... sila angkat anak pokok ni ke lubang tu yer... pastu terus tanam. Buat kerja elok2"

Pemutusnya... Ayah dan Tok Ayah la yang menanam pokok kelapa tersebut. Aszra berasa agak kecewa, tetapi.....

"Ok.. Ayah, Tok Ayah... tanam elok2 ok! Nanti dah keluar buah, aszra nak minum airnya."

Untuk menghilangkan kekecewaannya... aszra mintak lak Tok Wan sorong Aszra naik kereta sorong itu.
"Ok Tok Wan.. macam ni la... yahoooo... jom ronda-ronda"

Dan.. apabila sampai di depan rumah.. Aszra mula merengek2. Pada mulanya Ibunya menyangka Aszra nak naik kereta sorong lagi.. tetapi rupanya Aszra mula merengek sebab Aszra cakap dia dah YAK! Haiyyaaaaaaaaaaa.......
"Yak..yak.. Bu...aja yak.."

Sekian la Kisah Aszra dan Anak Pokok Kelapa...Kita jumpa lagi di Siri Aszra yang akan datang.. Byeee


7 comments:

Asrof said...

patut tukau ending dia.... yg last tuh aszra buat baja utk pokok tuh.... wekekekekekekekekekek

Anonymous said...

sangat kiut... v(^_^)..dialog dia pong sesuwei..wekekek... pandai wat expression muka la si aszra neh..

Anonymous said...

so cute!!

Cheyzu said...

Comeynya anak awak. Geram jer tgk dia... sy nk add awak dlm blog sy k.

Anonymous said...

Kak As, ini emel saya, zaileha@btmk.moe.gov.my ..hehehe..comella anak akak ..

Anonymous said...

comel je gambar waktu dia senyum tu...boleh jadi menantu nanti....

cendawanintim said...

wahhhhhhhhh, sibuknyer berkebun si kecik tu yer..