Thursday, April 17, 2008

Malaysian Bowlers di Sinar Harian

Salam..
Hari ni dan beberapa hari ni memang agak sibuk dengan kerja dan dateline.. so curi masa sekejap, update blog ni. Ramai yang tahu kan.. axa sangat aktif dengan sukan Bowling... Seperti yang dilihat di atas ni.. Berita MalaysianBowlers telah keluar dalam paper Sinar Harian, di bahagian Sukan KL & Selangor keluaran hari ni. Alhamudlillah, MalaysianBowlers dapat dipromosikan dengan lebih meluas. After 5 years.. ramai ahli yang keluar masuk.. dan pada tahun 2005, MalaysiaBowlers telah mula untuk mendaftarkan ahli-ahli secara aktif. Dengan yuran RM 5 untuk jangkamasa 2 tahun.. MalaysianBowlers memberi manafaat kepada mereka-mereka yang berminat dalam sukan bowling. Axa akui sendiri.. sejak axa menyertai (axa antara ahli terawal yang masih kekal).. alhamdulillah skill permainan bowling axa semakin baik. Axa juga dapat mengenali pelbagai jenis lapisan masyarakat. Kini.. kawan2 axa pelbagai.. tidak tertakluk pada kawan2 sekolah, universiti atau kawan ditempat kerja. Kat MB ni la.. kami mengumpul.. setinggi2 jawatan hingga la.. yang peringkat rendah... kami bertukar pengetahuan, tanpa mengira umur, pangkat atau pun darjat. Selagi minat kami sama... selagi tu kami kuat sebagai sebuah pasukan... (cewah...promote MB pulak).Apa2 pun.. axa sangat puas hati.. selepas sibuk bekerja.. at least axa dan ayah aszra ada aktviti sampingan untuk dilakukan bersama..

1 comment:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

wah siap ada coverage msk paper ;-)