Monday, December 17, 2007

Mencari lala di Pantai Remis

Pantai Remis

A'kum.. Salam di pagi Isnin. Rasa segar hari ni... tido awal malam tadi. Sebelum axa sibuk buat kerja..nak update sikit blog ni. Heheheh. Semalam, axa sekeluarga + keluarga ija (cousin) gi Pantai Remis kat Jln Kuala Selangor. Ni semua idea Nuar (suami Ija) la kot. Nuar ajak kami cari remis, kerang dan lala. Pantai Remis ni pun actually bukan utk mandi sebab ianya berlumpur...so memang tempat pembiakan seafood mcm tu la. Seawal kul 8.30 kami dah ada kat sana. Sampai2 tengok air masih pasang dan kenalah tunggu air surut. Sambil tu, cari la remis dulu yang terdapat dalam pasir2. Habitat remis dalam pasir.. habitat lala dan kerang dalam lumpur.
Baru sampai..duduk bersantai menunggu air surut


Aszra yang dah sedia nak cari remis


Finally, duduk ngan Sofia, main pasir.


Bila air dah mula surut, kami mula cari kerang. Tapi tak jumpa2. Menurut org kat situ, kerang dah tak banyak. Kena tunggu air betul2 surut dan kena gi ke tengah baru ada. Tu pun kena tunggu petang la. So.. kami decide nak cari lala. Hu hu hu. Yang turun ke laut ni, axa, ayah aszra, adik, Nuar dan alang hamid... yg lain2 duduk berkelah bawah pokok (Ija pun pregnant). Nak mencari lala ni sangat la mencabar. Kena masuk ke dalam lumpur. Apa lagi... axa , ayah aszra dan adik memang tak pernah masuk lumpur..maka bila kami masuk lumpur... memang sangat la teruk rupanya. Kami berkubang sampai 3/4 badan masuk dlm lumpur. Tapi seronok sebab...setiap kali seluk tangan dalam lumpur, mesti dapat 3-4 ekor lala. Nak berjalan dalam lumpur punyer la payah. Baru la dapat rasa susah payah org yang mencari rezeki dengan mencari kerang dan lala mcm ni. Dengan penatnya, panas pulak tu. Jangan tanya kalau tengok muka axa gelap sikit hari ni..hu hu hu.

Pencari remis amatur yang sedang bersedia


Bersama pencari remis profesional, Nuar dan Alang Hamid


Ayah aszra dah masuk dalam lumpur utk cari lala


Ini lah hasil... selepas berkubang dalam lumpur (nuar jugak yg maintain)

Lepas lebih kurang 1 jam lebih berkubang.. maka..masing2 naik la ke darat. Satu masalah bila dah tak ada air nak bersihkan diri. Mula2 ingat nak mandi air laut, tapi air dah memang sangat surut dah yg tinggal hanya lopak2 air. Kat situ pulak tak ada tandas. Jadi kami terpaksa la berjalan ke tengah laut dan cari lopak2 air yg tinggal. So..basuh2 la apa2 yg patut. Bau masing2 ..memang tak payah citer la... heheh. Tapi memang seronok la dapat buat aktiviti macam ni sekali sekala. Kalau selalu memang tak larat la Nuar.. Nanti kite gi Melaka cari remis kat umah ucu pun best kan...gerenti berkilo2 remis dalam tangan.

Ayah Aszra

Ini la lala yang diperolehi (hidup lagi). Org jual kat pasar 1kg RM 5


Ni pulak lala yang dah mati sebab dah kena masak ..hehehe
Untuk Ija dan adik..nak gambar2 lain..sila masuk SINI

5 comments:

Anonymous said...

hi, love to read your blog. Giving me inspiration to have a wonderful life like yours. Keep on writing, may you live happily ever after.

Anonymous said...

hmm..ingat gi mersing mendulang emas. hehe..lala sedap tapi kalau abg eqbal makan confirm terus gi klinik..
alergic la as..

Unknown said...

silent reader
thanks for visiting my blog.

abg eqbal
mcm mana kami ni yg ada kampung kat mersing leh tak tahu ada emas ek...

rugi le saper2 yg alergik seafood..hehehe

shahril aley said...

bestnye dapat spent time dengan keluarga buat benda mcm ni. hehehe... payah juga nak mencari makan orang dulu2 ni ye

JAI said...

Salam Ziarah, Mintak kebenaran dari pemilik blog untuk copy gambar pantai remis dan beberapa gambar untuk kontest My Selangor Story boleh tak? Reply asap.Thanks