Monday, December 31, 2007

Catatan Hujung Minggu - Keluarga + keinginan + kerja

A'kum..Salam petang Isnin. Hari ni axa busy sangat. Rest kejap...update blog..hehehe.

Sabtu

Patutnya nak gi swimming.. tapi terpaksa batal... axa terima panggilan dari seseorang yang memohon bantuan sangat2. Pening jugak kepala... selepas hampir 3 tahun axa menyepi, kali ni axa terpaksa buat 'come back'. Pukul 10 temujanji axa. Ramai yang suka dan bersyukur dengan kedatangan axa dan menyangka axa kembali bukan utk sementara. Axa tahu, ramai yang berharap agar, axa 'menyarung' kembali uniform tu... entah la..axa masih tak tahu apa jawapannya. Jika axa benar2 ingin kembali, banyak yang terpaksa dikorban kan, terutamanya masa bersama KELUARGA kerana ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Apatah lagi.. menjelang 'big event' tak lama lagi....ayah aszra tak kisah...dia selalu bagi sokongan, tapi axa, sebagai isteri, ibu dan anak... axa rasa axa tak sanggup nak korbankan keluarga untuk mencapai apa yang menjadi kegemaran axa sebelum ni...tengok la, maybe axa akan fikirkan dulu.

Ahad
Seawal 7 pagi, axa dah berada di KLIA. Thanks ayah aszra dan aszra yang susah2 payah hantar pagi2 ahad. (nanti dpt claim kite belanja ok!). Axa naik fligt ke Alor Setar pukul 7.45 pagi. Axa meeting kat Pej Pembangunan Negeri Kedah pukul 9.30 pagi... Hari ahad tuh... yer la.. kedah kan kerja mula hari ahad. Axa pergi ngan En Shuhairi... habis meeting dlm kul 12, driver kat situ bawa kami ke Bukit Kayu Hitam.. Fuhhh... seingat axa, dah 17 tahun axa tak datang ke situ since tahun 1990. Memang dah berubah betul. Sekarang ni hanya ada kompleks bebas cukai je..barang2 nyer tak murah pun nak compare dengan dulu-dulu. Tapi sempat lah sambar baju aszra 2 helai. Axa balik ke KL naik flight 3.25 petang. Satu hari perjalanan ni memang penat even naik flight. Hari ni dah kerja... dan kerja pulak melambak2.. this coming weekend ... another weekend yang penat.
Sempena tahun baru esok... axa nak ucap Selamat Tahun Baru buat semua..semoga tahun 2007 meninggalkan kenangan dan pengajaran. Sambutlah tahun 2008 dengan penuh keazaman dan kegigihan...

Papan tanda kat Alor Setar

Ni pintu masuk imigresen kat Bukit Kayu Hitam


Ni gerai2 siam yang dah tak banyak...kat sini je murah.


Memang Kedah ni penuh sawah padi la.. Baru nampak dr atas flight.

1 comment:

Azmir Ismail said...

Selamat Tahun Baru 2008 !

All Da Best !

Ome, Linda + Zara