Wednesday, September 26, 2007

Kisah Ku Di sini

A'kum..salam di tengah hari Rabu.

Lama axa tak mencoretkan apa2 di sini. Axa sangat sibuk terutama nya seminggu ni. Memang tak ada masa langsung utk mengarang mahupun menjengah blog orang lain. Hari ni, axa curi masa sekejap untk mencoretkan something.

Hari ni, hari yang bersejarah dalam hidup axa. Selepas 7 tahun, axa di bawah pentadbiran yang sama, esok axa akan melangkah ke satu naungan yang benar2 berbeza. Tak tahu nak menggambarkan perasaan axa saat ni. Walaupun kerja masih banyak dan belum di hand over, tapi hmm rasa sedih la plak. Axa memulakan kerjaya di Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2000, sejurus lepas axa grad degree. Masa tu kat Bangunan KUB.com, jln Yap Kwan Seng. Axa diterima sebagai Multimedia Developer untuk anak syarikat Unitar iaitu United Multimedia Sdn. Bhd. Banyak pengalaman berharga yang axa dapat. Belajar dengan senior2..semuanya bermula di situ. Axa happy kerana kerjaya ini yang axa idam2kan selama ni. Axa merasa bekerja dengan tekanan dateline. Tidur kat bawah meja, balik kul 3-4 pagi.. tak balik pun pernah..semata2 komited terhadap kerja. Pengalaman2 tu benar2 mematangkan axa. Axa tak pernah rasa semua tu sebagai beban. That y.. axa tak kisah... kalau axa ditempatkan ke jabatan/department yang banyak kerja sekali pun.

Tahun 2003, axa diserapkan ke Universiti Tun Abdul Razak, campus Kelana Jaya. UMM masa tu terpaksa ditutup, jadi staff di serap ke UNITAR atau memilih untuk menerima pampasan. Axa dan team courseware.. ke UNITAR Kelana Jaya. Kemudian.. tahun 2005 axa dipindahkan ke Corp Communication Dept sebagai Executive / Web Master yang kontrol laman web unitar sepenuhnya. Dan hari ni.. merupakan hari terakhir axa bekerja sebagai Web Master Universiti Tun Abdul Razak.

Secara khusus.. axa ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 di UNITAR, yang selama ini membantu, menyokong dan memberi kerjasama ketika axa di sini.

1.Buat Kak Noor, Kak Aniza, Kak Zila, Zul.. thanks tunjuk ajar sejak di UMM. (sedih jumpa diorg ni)
2.Buat Pijot..satu2 nyer kawan satu batch axa yang masih di Unitar. (cepat2 dpt anak dan kalau dpt kerja lain...bagi tahu le yer)
3.Buat Jaja Corp Comm.. kerja rajin2.. challenge your self! Fikir masa depan ok.(Maaf kalau ada salah silap, kawin kena jemput la)
4.Buat Ayu yang dah jauh kat Yayasan Pintar...kenanglah kite as a friend. (even yang pernah mencederakan..tak sengaja) Kite happy kenal Ayu.. Good Luck.. kite doakan Ayu dipermudahkan dalam apa jua. InsyaAllah.
5.Buat Kak Zura...nice to know you.. first time ada member satu dept yg boleh borak pasal anak.
6.En. Man..thanks sebab jadi boss yang sangat sporting, yang selalu cover anak buah.
7.Puan Mizana...boss baru Corp. Comm. Walaupun baru sebulan lebih axa berkerja dengan Puan.. tapi Puan banyak memberi pengalaman baru pada axa. Axa diajar kerja2 Corp Comm yang sebenar. Thanks Puan..atas semua pengalaman dan pertolongan.

Panjang pulak axa tulis...Ok la.. mulai esok.. axa tidak akan lagi menggunakan email.. asnida@unitar.edu.my. Mulai esok.. pada yang nak hantar email..boleh hantar ke axa87@yahoo.com

Good Luck buat semua UNITARIAN. Kenangan ini akan axa sematkan menjadi kenangan terindah dalam kamus hidup axa.

4 comments:

Suhaiza Sa'at said...

pindah kije ke jadi surirumah kak? :)

Asrof said...

masuk gomen tuh....

NaNa said...

Salam axa,

Even though sedih to see yet another one of my adik-adik pergi.. I, in a way, am happy for you too.

All the best and kalau ada masa tu jenguk2 lah kita org kat sini.

Leilanie said...

Axa,
I didn't know you have left us....

All the best to you and your further undertaking.

Wah..... masuk gomen skarang hebat. Bukan macam dulu..... I'm happy that you're happy with your new career path.

See you around, ya.


:)