Tuesday, July 24, 2007

Catatan Hujung Minggu - Jalan2 tepi tasik

A'kum..

Salam dipagi Selasa. Dah seminggu blog ni tak berusik. Semalam..kerja banyak pulak. Ditambah dengan kesihatan yang kurang menyenangkan. Dan sekarang ni pulak..aszra start batuk2 dan selsema. Bila dia mula batul selsema je, seluruh famili axa akan risau sebab dia tu kan ada history broncholities. Tak sanggup nak tengok dia kena ambik gas every 4 hours. Hopefully dia dah immune dengan virus2 demam selsema ni.

Sabtu
Plan asal..nak gi Pusat Akuatik..biasa la..bawak axa mandi kat pool. Tapi aszra dah menunjukkan simptom demam dan selsema. So..cancel la plan. Cuma axa dan ayah aszra memang dah plan weekend tuh kami nak lepas umah cheras jer. So dalam kul 2..axa drop ayah aszra dan aszra kat One Utama... petang tu aszra habiskan masa dengan ayah aszra coz axa ada appoinment 2 jam. Risau jugak mengenangkan mcm mana la ayah aszra tuh jaga anak dia. Then kul 5.30 axa pick up dua beranak tuh... tengok2, aszra peluk Cookie Monster yang ayah dia belikan. Pastu kami gerak ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja je nak bawak aszra jalan2. Ramai jugak orang...ada jualan... dan yang paling best..aszra jumpa ramai kawan2 yang sebaya dia. Semua sibuk nak berjalan sendiri termasuk la aszra. Terfikir juga nak naik Eye On Malaysia tuh..tapi ada plak org kata tak sesuai utk bebudak kecik ni...takut diorg pening. So..finally..tak leh kami naik. Lepas lepak2...gi dinner kat Leisure Mall dan pastu duk umah tengok Studio Bintang Kecil. Kagum axa bebudak kecik ni nyanyi...especially satu group ni nyanyi lagi Isabella. Serius best giler...

Ahad
Ayah aszra gi main liga kat EP...so axa menghabiskan masa dengan aszra sambil2 kemas rumah. Kul 12 siap2kan aszra coz kami ada wedding kat ampang. Kul 1 lebih ayah aszra ambik dan terus gi wedding tuh...Jumpa la jugak sedara mara. Pastu terus balik la..

p/s: Nak wish Selamat Hari Lahir buat Hamisah Redzuan..a.k.a Mleo (Anak Kuang) yang menyambut hari lahirnya pada hari ini...Semoga panjang umur dan murah rezeki. Mleo ni bakal mendirikan rumah tangga tengah bulan Ogos ni.. wedding ni.. ala2 birthday gift la yer.. dapat hadiah best tahun ni.. he he he.... btw semoga majlis tu nanti berjalan dengan baik dan mendapat rahmat dari Allah swt.

3 comments:

Anonymous said...

Notice aszra pakai baju biru next and the walking shoes tu..hehhehe lawa...lawa...

Aida

Unknown said...

dia memang dah boleh pakai baju dan kasut tuh.. thanks a lot for the baju2 and kasut tuh... london mari tu.. he he he

Anonymous said...

kak as,

tenkiyuu.. :D