Friday, May 11, 2007

Selamat Hari Ibu

A'kum... Di kesempatan ini axa ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat yang paling istimewa emak axa, Sharipah binti Ishak yang telah melahir, mendidik dan membesarkan axa selama hampir 29 tahun ini. Terima kasih emak, atas setiap keringat dan titik peluh selama ni. Tak terbalas jasa emak. Ampunkan anak sulung mak ini, halalkan susu mak yang menyihatkan axa, kudrat mak yang menatang axa bagai minyak yang penuh dan doa mak yang sentiasa merestui setiap langkah axa. Ya Allah, panjangkan lah umur emak ku, mudahkanlah perjalanan diusia emasnya, jauhkan lah dia dari perkara yang tidak baik dan pelihara lah dia semoga dia tergolong dalam umatmu yang beriman. Amin.. Ida sayang mak!

Ucapan Selamat Hari Ibu ini juga buat Ibu Mertua axa, Che' Ah bt Taib. Terima kasih ibu, kerana menyayangi axa dan menjadi ibu mertua yang baik buat axa. Jasamu akan axa kenang sehingga akhir hayat. Semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik. Amin..

Selamat Hari Ibu juga untuk diri axa sendiri memandangkan axa kini bergelar Ibu. Ini tahun pertama axa memegang status ini. Walau Aszra belum mampu mengucapkan Selamat Hari Ibu buat axa, tapi axa bangga menjadi Ibu kepadanya. Selepas hampir 29 tahun axa hidup dibumi ini, baru kali ini axa merasakan perasaan seorang ibu dan diraikan sebagai seorang ibu. Terima Kasih Allah kerana menjadikan axa seorang perempuan.

Dan Selamat Hari Ibu buat semua Ibu di seluruh dunia. Menjadi Ibu adalah anugerah terindah yang dinikmati oleh seorang wanita.

1 comment:

Anonymous said...

yes..happy mother's day to all mommys. hehehe..come to my blog for a mothers day song.