Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru

A'kum... Salam di pagi rabu yang sangat sejuk. Jalan pagi ni jam..hujan agak lebat mengiringi perjalanan axa ke ofis. Tidur pun sedap...

Hari ni 16 Mei.. Hari guru. Teringat axa kalau masa kat sekolah2, dulu mesti ada sambutan hari guru. Dan yang best biasanya kena datang sebelah pagi walaupun masa tuh axa sessi petang. Masa sekolah rendah, rajin sungguh ajak mak ayah pergi beli hadiah untuk cikgu kelas. Dan bila di sekolah menengah axa antara pelajar yang sibuk untuk membuat persiapan hari guru. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru kat Malaysia ni terutama pada guru2 yang pernah mengajar axa (kalau diaorg baca blog ni lah). Ada beberapa cikgu yang sangat memberi kesan kepada hidup dan pembelajaran axa.

Sekolah rendah(Sek. Keb. Kapar)
  1. Cikgu Laili, cikgu darjah 1 axa yang sangat percaya dengan axa sehingga melantik axa jadi Ketua Kelas walaupun banyak lagi budak lelaki yang layak jadi ketua kelas.
  2. Cikgu Azkiah, yang koyakkan Majalah Bambino axa masa axa darjah 4. Bukan salah axa, budak sebelah axa ambik dan baca masa dia mengajar. Cikgu Azkiah rasa bersalah dan gantikan balik majalah kesayangan axa tuh. Cikgu Azkiah jugak yang pernah tahan budak2 kelas axa balik lambat, sampai bas sekolah tinggalkan axa dan akhirnya dia jugak yang kena hantar axa balik rumah. (Cikgu Azkiah ni lelaki..tapi nama mcm pompuan).
  3. Cikgu Mahes, cikgu bahasa inggeris darjah 5 axa yang sanggup terima axa sebagai satu2 nya anak murid melayu dalam kelas tusyen yang dibuat kat rumah dia lepas sekolah. Bayar RM 5 je masa tuh.
Sekolah menengah (Sek. Men (P) Kapar)
  1. Puan Faridah, cikgu Matematik Form 1 merangkap guru pengawas dan displin, yang sepanjang semester pertama kutuk tulisan axa dan malukan axa depan kawan2 dan cikgu lain semata2 tulisan axa pada pandangannya mcm budak sekolah tadika (masa tuh maybe kot). Dia kata axa tak layak jadi pengawas sebab tulisan buruk. Tapi disebabkan kutukan dan cacian dia, axa ubah diri dan bentuk tulisan yg menyebabkan dia senyum dengan axa sepanjang semester 2 dan hujung tahun tu, axa dilantik menjadi pengawas percubaan yg akhirnya menyebabkan axa menjadi seorang Ketua Pengawas masa form 5. Terima kasih banyak2 pada Puan Faridah.(muka dia selalu serius)
  2. Puan Rahilah, cikgu Sejarah axa masa form 4. Dia banyak bagi motivasi kat axa supaya axa terus berusaha menjadi anak melayu yang berjaya. Dia agak rapat dengan axa sebab dia guru displin dan juga guru pbsm. Kesian kat dia. Dia selalu jadi bahan umpatan cikgu lain sebab dia ada masalah rumah tangga. Dia pernah menangis depan axa sebab terlalu sedih dengan perangai segelintir cikgu2 lain masa tuh. Masa cikgu Rahilah nak berhenti, dia peluk axa dan bisik kat axa, yang dia nak jumpa axa di salah satu universiti kat Malaysia ni. Axa tahu dia nak axa belajar bersungguh-sungguh. Dan yang paling best dan mengharukan, axa terserempak dengan Puan Rahilah di UKM Bangi, masa axa di tahun 1 dan Puan Rahilah pulak seorang pensyarah kat situ dan akan sambung study peringkat PHD keluar negara. Dia kenal axa dan axa nampak sangat dia sungguh2 bangga bila memperkenalkan axa pada rakan2 nya yg dikalangan Dr dan Professor belaka.
  3. Puan Raja Rozita, guru kanan ko-kurikulum sekolah axa ynag juga guru sains axa masa form 5. Cikgu Rozita ni baik, tapi kadang2 suka pandang rendah pada budak melayu. Maklum la, kat kelas axa je, hanya ada 5 org pelajar Melayu. Dia pernah tanya result trial SPM axa dan dedia hanya kata.. "awak dapat aggregat berapa? Sampai tak nak dapat pangkat 1?" Sabar je la axa masa tuh.. sebab masa tuh axa dapat pangkat 1 dengan aggt 10. Lepas dia dpt tahu tuh... boleh di katakan tiap2 hari sebelum SPM dia akan selalu bagi axa semangat supaya jadi anak melayu pertama kat sekolah tuh yang jadi best student SPM. Alhamdulillah.. maybe berkat doa cikgu Rozita dan cikgu2 lain.. axa berjaya memegang gelaran tuh.
  4. Puan Liza, cikgu ni tak pernah mengajar axa. Dia ni cikgu matematik dan dia cikgu pengawas. Dia sayang sangat dengan axa sampai lepas SPM diumumkan.. dia hadiahkan axa RM 100 dan setiap dua bulan dia akan kirim pada adik axa RM 50. Dan adik axa pulak, selalu dia bagi buku latihan Math. Tu yang axa pelik, Dia selalu tanya tentang perkembangan axa melalui adik dan tak lama lepas tuh, dia bertukar ke sekolah lain dan axa tak dapat cari dia dah (kalau tak leh dapat duit lagi kan..he he he)
  5. Cikgu Sulaiman. Cikgu ni cikgu praktikal sebagai guru kaunseling dari UPM. Dia duk kat sekolah axa 5 bulan, masa tuh axa form 4. Boleh tahan hensem la. Dan biasala.. kat sekolah axa,pantang ada cikgu lelaki muda.. mula lah budak2 sekolah ni kuat melawa, sekolah pompuan kan.. jarang jumpa lelaki. Axa memang seorang PRS dan akan selalu lah report kat dia. Cikgu ni pulak memang jenis peramah. Tapi yang best nya.. leh pulak sorang kawan axa yang minat sangat kat cikgu ni, sampai leh tak nak tegur axa masa tuh.. sebab jeles ngan axa sebab baik ngan cikgu ni. Yang cikgu ni pulak.. baik sangat ngan axa... kira masa tuh.. ada lah budak2 pompuan dan kakak2 senior jeles ngan axa.. kelakar la plak..padahal axa masa tuh tak ada rasa apa2 pum (utk pengetahuan...axa ni kategori skema masa kat sekolah.he he he). Cikgu Sulaiman ni la jugak bagi semangat dan bantu axa masa nak wakil sekolah dalam Pesta Pantun dan Bahas. Sekarang cikgu Sulaiman dah pun menjadi seorang Kaunselor di Uitm Shah Alam.
Tu la sikit2 pasal cikgu2 axa dan kenangan2 yg axa takkan lupakan. Banyak sebenarnya.. tapi tu la yang bagi kesan dan axa ingat sampai hari ni. Terima kasih buat semua cikgu2 yang pernah membimbing axa sehingga axa mampu berdiri seperti sekarang.

Selamat Hari Guru jugak buat semua sahabat2 baik axa yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Illa - Sek. Men. Khir Johari, Beranang. Achim - Sek. Men. Balakong dan Nur - Sek. Keb. Sri Petaling.

p/s: Nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat JAJA ( kat sebelah meja axa ni). Semoga selalu menghadapi hidup dengan senyuman....

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih bebyk yer kak as..... :-)