Tuesday, May 08, 2007

Menginsafi diri di IJN

A'kum.. salam dipagi selasa. Pagi ni axa agak kurang sihat. Hmmm masalah dalaman. But tu bukan lah cerita yang nak axa kongsi. Semalam axa ke IJN, melawat seorang anak kepada seorang cousin dari Melaka yang menjalani pembedahan jantung di situ. Oleh kerana kak ipar axa doktor dibahagian Pediatrik IJN, so dapat masuk ke PICU.

Iqbal yang berusia 1 tahun 3 hari terpaksa menjalani pembedahan jantung dimana salah satu saluran jantungnya didapati terbalik dan bukan berada ditempat yang sepatutnya. Axa pun tak pandai sangat nak cerita bab2 jantung ni. Tapi melihat dia yang terbaring dengan lebih dari 5 tiub dan wayar bersambung ke badannya buat axa rasa ngeri dan sayu. Dia tidur tapi axa dapat lihat ada air mata di hujung matanya. Sedih sangat rasanya. Beza usia Iqbal dan Aszra hanya 24 hari. Tak dapat axa bayangkan kalau yang terbaring depan axa tu Aszra. Pasti hancur luluh hati ni. Sedang kan axa ni, tengok tangan aszra dicucuk dengan drip pun axa dah mengalir aor mata. Ini kan pula melihat anak berselirat dengan wayar dan tiub yang disambungkan ke mesin. Nauzubillah.... Melihat pada ibu Iqbal, axa turut sayu. Mata nya bengkak, mungkin menangis atau sembab sebab dah hampir 3 hari tak tidur. Memang tabah ibu Iqbal tapi dalam hati tuhan saja yang tahu perasaannya. Mudah-mudahan Maya tabah menghadapi dugaan Allah.

Pandang kiri kanan, ada lebih 10 bayi dan kanak2 dalam PICU tu. Masing2 dengan kes masing-masing. Semuanya baru selesai menjalani pembedahan. Wayar dan tiub di mana2. Kalau dengar cerita kakak ipar lagi la sedih. Macam2 kes berekanaan jantung yang ada disitu. Air mata axa memang mudah je bergenang dan hampir menitis tapi axa tahankan sebab tak mahu dilihat oleh ahli keluarga kanak2 disitu. Tapi memang terlalu terusik sangat perasaan axa ni tengok kanak2 disitu terutamanya yang masih baby mcm aszra. Ramai yang kurang bernasib baik, namun wajah mereka cukup tabah menghadapi dugaan. Mudah-mudahan keluarga terutama ibu -ibu yang ditimpa musibah sebegini diberi kekuatan dan semangat untuk melaluinya. Amin...

p/s: Ucapan Selamat Hari Lahir buat Pakku @ KMNizam yang menyambut hari lahirnya pada hari ni 8 Mei 2007. Semoga panjang umur dan murah rezeki dan jumpa teman hidup yang sesuai.

1 comment:

kmnizam said...

terima kasih kak as atas ucapan besday..sedih sgt bila baca kisah org sakit jantung nie.semoga dia akan tabah menghadapi dugaan hidup nie.