Thursday, March 08, 2007

A Love to Kill - Sinopsis



Drama ini mengisahkan Kang Bok Ku, seorang peninju yang bertemu dengan abangnya Kang Min Joo selepas 10 tahun berpisah. Bagi Kang Bok Ku, abangnya adalah segala-galanya kerana sejak kecil telah banyak berkorban untuk dirinya. Tetapi malangnya, Kang Min Joo telah ditimpa kecelakaan apabila telah terjun dari bangunan secara tiba-tiba. Kang Bok Ku cuba mencari punca mengapa abangnya terjatuh dan telah mendapati, abangnya telah kecewa dalam percintaannya dengan Cha Eun Suk yang merupakan seorang artis terkenal. Kang Bok Ku berhasrat untuk membalas dendam kepada Cha Eun Suk yang menyebabkan abangnya terus koma.

Cha Eun Suk, seorang pelakon terkenal dan jelita mengalami kekecewaan dalam percintaannya dengan Kang Min Joo setelah Kang Min Joo meninggalkannya tanpa sebarang sebab dan alasan. Dia sangat sedih namun terus cuba meneruskan kehidupannya. Dalam masa yang sama, Cha Eun Suk telah terperangkap dalam cinta seorang anak hartawan yang berjaya iaitu Kim Joo Sung. Kim Joo Sung yang mengumumkan pertunangannya dengan Eun Suk pada mulanya sekadar ingin menutup malu apabila video yang memaparkan dirinya bersama Cha Eun Suk dalam situasi yang tidak disengajakan akhirnya benar2 jatuh cinta pada Cha Eun Suk. Namun begitu, Cha Eun Suk tidak mencintai Kim Joo Sung walaupun ibu tirinya telah bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua.

Kang Bok Ku telah bekerja sebagai pengawal peribadi Cha Eun Suk, di mana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan artis popular itu. Dalam masa yang sama, Kang Bok Ku cuba untuk menawan hati Cha Eun Suk dengan tujuan untuk membalas dendam. Tanpa disedari, Kang Bok Ku telah jatuh cinta sebelum Cha Eun Suk juga turut jatuh cinta kepadanya. Akhirnya mereka sedar, mereka telah sama2 jatuh cinta. Kim Joo Sung telah mula menyedari bahawa bakal tunangnya semakin menyukai pengawal peribadinya sendiri. Cha Eun Suk pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangannya dengan Kim Joo Sung. Namun begitu, akibat ketamakan ibu tirinya, Eun Suk terpaksa akur untuk meneruskan pertunanganya. Pada hari pertunangannya, Cha Eun Suk telah lari bersama Kang Bok Ku tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, setelah karier Cha Eun Suk musnah akibat melarikan diri pada hari pertunangannya, Kang Bok Ku bertindak untuk meninggalkannya, sebagaimana yang pernah dirancangnya. Dan pada masa yang sama, dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya adik kepada Kang Min Joo dan tujuannya bercinta dengan Eun Suk adalah untuk membalas dendam semata-mata. Cha Eun Suk benar2 kecewa apabila mengetahui selama ni Kang Min Joo meninggalkannya disebabkan oleh ibu tirinya yang malu jika Cha Eun Suk terus berkawan dengan Kang Min Joo. Cha Eun Suk kemudiannya membuat keputusan untuk menjaga Kang Min Joo sepanjang hidupnya.
Namun begitu, Kang Bok Ku telah menyembunyikan abangnya kerana dia tidak mahu terlibat lagi dengan Cha Eun Suk. Ini kerana, dia sendiri tidak mampu melihat Cha Eun Suk bersama abangnya sendiri lantaran dia telah jatuh cinta kepada wanita itu. Cha Eun Suk benar2 tertekan di atas kehilangan sekali lagi Kang Min Joo dan Kang Bok Ku.

Setahun berlalu, Cha Eun Suk menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan tidak menjadi artis lagi. Dia dan keluarga nya membuka perniagaan sendiri dan cuba melupakan kisah sedihnya. Kang Bok Ku pula telah membawa abangnya kembali ke Seoul untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari Kang Bok Ku telah bertemu dengan Cha Eun Suk secara tidak sengaja. Kali ini, Cha Eun Suk tidak mahu melepaskan Kang Min Joo. Dia mengambil keputusan untuk membawa Kang Min Joo ke sebuah rumah yang disewanya dan menjaga lelaki itu. Kang Bok Ku terpaksa akur dengan permintaan Cha Eun Suk. Kang Min Joo pula semakin pulih dan mampu duduk di atas kerusi roda serta mampu bertindak balas. Namun begitu, Cha Eun Suk dan KAng Bok Ku masih tidak mampu menafikan perasaan mereka. Mereka masih saling mencintai tapi masing2 serba salah kerana memikirkan keadaan Kang Min Joo. Kang Min Joo telah meninggal dunia secara tiba-tiba tetapi dia sempat berpesan kepada Kang Bok Ku agar menjaga Cha Eun Suk kerana dia sendiri telah menyedari bahawa Cha Eun Suk terlalu mencintai Kang Bok Ku lebih dari dirinya. Hal ini telah menyebabkan KAng Bok Ku berasa amat bersalah kerana seolah2 telah merampas kekasih abangnya sendiri. Kang Bok Ku mengambil keputusan untuk berpisah dengan Cha Eun Suk walaupun Cha Eun Suk ingin bersamanya. Mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan kehidupan masing2 dengan baik dan melupakan kisah silam mereka. Cha Eun Suk kembali menjadi seorang pelakon yang popular dan merancang untuk berkahwin dengan Kim Joo Sung yang sentiasa menantinya penuh sabar. Kang Bok Ku pula menjadi seorang peninju yang berjaya dan bekerja bersungguh-sungguh di bengkel. Mereka tidak bertemu sehigga pada suatu hari Cha Eun Suk telah hilang dan Kim Joo Sung meminta Kang Bok Ku mencarinya. Kang Bok Ku tahu Cha Eun Suk pasti ke kaki gunung di mana mereka pernah bertemu di situ suatu ketika dahulu. Cha Eun Suk walaupun berjaya menjadi artis terkenal, tetapi hakikatnya dia sangat tertekan sehingga terpaksa menjalani rawatan mental selama setahun. Begitu juga Kang Bok Ku yang terpaksa memendam perasaan demi membuang rasa bersalah pada abangnya. Kang Bok Ku menjumpai Cha Eun Suk yang pengsan di kawasan salji. Cuaca yang sejuk menyebabkan mereka tidak mampu untuk pulang hanya terbiar di situ..... Habiss...(tengok sendiri citer ni baru tahu kesudahannya. Susah nak citer)

3 comments:

Leilanie said...

Aik......... you pun mabuk Korean film (macam Ayu)?

hee hee.

Unknown said...

Ayu yang menyebabkan saya mabuk.. he he he

p/s: kak leilanie, thanks for visiting my blog.

kmnizam said...

bila bleh pinjam vcd nie :)