Monday, February 26, 2007

Mak Teh Dalam Kenangan - Menghadapi Sebuah Kematian

A'kum..
Salam di pagi Isnin. Kepenatan masih lagi terasa. Hujung minggu yang bermula dari hari Jumaat malam di penuhi dengan pelbagai peristiwa suka dan duka, banyak mengajar axa erti kesabaran dan ketabahan.

Jumaat, sekitar pukul 10.45 malam ketika axa sekeluarga sedang asyik menonton American Idol, hp ayah berbunyi dan axa yang menerima panggilan. Tertera nama Najib, sepupu sebelah ayah. Suara najib kedengaran mcm jauh je.. dan mendengar apa yang najib sampai kan.. axa terus terkaku. Kepala axa rasa blank dan tubuh badan rasa menggigil. Dan axa hanya mampu sampaikan pada mak dan ayah, " mak teh dah meninggal". Semua terkejut. Ayah axa terdiam kaku. Nafas nya naik turun. Bagai tak percaya adik nya kembali ke rahmatullah lebih awal. Axa tak mampu berdiri.. masih dalam keadaan terkejut dan sambil tuh terpaksa menenangkan ayah. Menjadi tugas axa menyampaikan berita tu pada semua ahli keluarga yang lain. Kami terus bersiap2 ke banting.

Sampai di banting, jenazah masih belum sampai dari hospital. 15 minit kemudian, jenazah tiba. Kak Ina, anak makteh yang sulung yang mengandung 4 bulan, menerpa ke arah adik dan ayah. Saat tuh terlalu hiba. Dia memeluk ayah.. dan ketika jenazah di turunkan dari van, ayah bagai nak pengsan, melihat jenazah adik nya sendiri. Axa hanya mampu memeluk dan menenangkan ayah. Risau tengok ayah.. bimbang darah tingginya naik dlm keadaan terkejut mcm ni. Kemudian, axa duduk dengan kak Ina.. matanya bengkak. Dia benar2 terkilan.. mak teh tak sempat menyambut cucu pertama nya. Axa tak mampu tahan air mata... masing2 masih tak boleh terima yang mak teh dah tak ada. Menurut kak ina.. malam tuh sekitar pukul 10.15 malam, mak teh tinggal berdua dengan kak ina. Najib, isterinya dan pak teh kerja. Tiba2 mak teh batuk2 dan semakin teruk.. Mcm susah nak bernafas. Kak Ina nak bawak ke hospital dan masa tuh tiba2 je mak teh pengsan. Dengan bantuan jiran sebelah, mak teh di bawa ke hospital dan sampai je di hospital, doktor mengesahkan, mak teh telah pun meninggal dunia. Segalanya berlaku dengan pantas. Ya.. memang semua bagaikan mimpi. Jiran2 di sekeliling pun tak percaya. Menurut mereka, baru petang tadi mereka berborak2.. bergelak ketawa dan mak teh tidak menunjukkan apa2 tanda akan pergi menghadap illahi.

Malam tuh, keluarga axa dan keluarga adik pak teh je yang tinggal menunggu jenazah. Semuanya tidur tidak sempura. Axa sendiri, pukul 3 masih belum mampu melelapkan mata. Sekitar pukul 4.30, abang Mie, suami kak ina yang bekerja di terengganu sampai bersama keluarganya. Sekali lagi situasi sedih berlaku. Pada suaminya kak ina melepaskan kesedihannya. Seawal pukul 6.30 pagi, saudara mara yang jauh dan dekat semakin ramai. Jenazah di mandikan pukul 9 pagi dan terus dikapan kan. Dan sekali lagi.. semua tidak mampu menahan tangisan. Saudara mara terdekat menatap wajah mak teh buat kali terakhir. Axa sempat mencium kedua2 belah pipi mak teh untuk kali terakhir.. Itu lah pertama kali axa mencium jenazah. Sejuk pipi mak teh. Dalam pukul 10. 30..jenazah di sembahyang kan dan diusung ke tanah perkuburan berdekatan. Yang mengusungnya semua anak dan anak2 saudaranya termasuk ayah aszra. Ketika itu, sekali lagi.. air mata setiap yang ada di situ berjujuran. Kak Ina lemah tak berdaya sehingga terpaksa di papah ke dalam rumah. Keadaannya yang berbadan dua tu merisaukan semua. Semua nya selesai sekitar pukul 12 tengah hari. Keluarga axa tidur dan membantu sehinggalah semalam kami balik ke rumah sebab axa, adik dan ayah aszra kerja hari ni. Hari ni mak dan ayah ke banting lagi.. untuk kenduri arwah malam yang ketiga.


Mak teh atau nama sebenarnya Rubiah bt Jabar ialah adik yang ke - 3. Kami terlalu rapat dengan mak teh. Mak teh tidak seperti makcik2 axa yang lain. Axa tak pernah tengok dia sedih, mengeluh atau bermuram. Wajah nya sentiasa ceria. Kalau dengan axa dan adik memang dia sayang. Kami selalu didahulukan berbanding sepupu yang lain. Kalau pergi rumah mak teh.. memang seronok.. dan macam rumah sendiri.. tak malu dah. Kali terakhir bertemu mak teh.. isnin lepas. Memang terdetik di hati axa mengajak mak dan ayah singgah ke rumah mak teh dalam perjalan balik dari bagan lalang. Mak teh biasa la.. ceria je. Siap ajar axa buat carrot cake. Dia memang suka cuba resepi2 baru. Dan suka kalau kiteorg nak belajar. Axa dan keluarga betul2 terkejut 4 hari selepas tu, mak teh pergi buat selama-lamanya. Sukar menerima kenyataan ni, tapi itu lah takdirnya. Makcik yang paling rapat dengan axa dan adik telah pergi dan takkan kembali. Sehingga hari ni, air mata masih terlalu murah untuk gugur ke pipi. Al - Fatihah buat Mak teh yang kami sayangi...

4 comments:

Anonymous said...

:( semoga roh-Nya dicucuri rahmat..Al-Fatihah.

kmnizam said...

takziah..semoga ditempatkan bersama org² yg beriman

Anonymous said...

smoga roh allahyarhamah di tempatkan di kalangan mereka yg beriman.. amin...

Anonymous said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

al-fatihah..

semoga ruhnya dicucuri rahmat-Nya..