Wednesday, February 14, 2007

Aku dan Melodi Itu

Aku suka melodi itu. Walau melodi itu semakin jauh, aku tetap berlari dan mengejar. Kerana aku tidak pernah membenci melodi itu, aku tidak pernah membuang melodi itu. Mungkin langkah ku kali ini agak perlahan, tapi bukan bermakna aku akan berhenti. Cuma aku agak keletihan dan penat, dalam menyaksikan mereka yang mencintai melodi itu. Aku kadangkala takut, melodi itu tidak akan kudengari lagi hanya kerana mereka yang merampas melodi itu. Ketahuilah wahai melodi, aku akan tetap mendengar dan memerhati, kerana melodi itu, melodi hati ku...

1 comment:

Anonymous said...

Boleh tau melodi apa tu?boleh la kongsi ngan kitorang sekali.