Tuesday, July 18, 2006

Aszra ku jatuh buaian...

A'kum..

Hari ni axa ke ofis walaupun masih dlm cuti bersalin. Hmm.. bukan nak tunjuk rajin, tapi ada kerja yang terpaksa diselesaikan dan memerlukan axa untuk melaksanakannya. Dah tugas kan... nak buat cam mana.

Jumaat lepas, axa bawak si kecil aszra balik ke rumah kami kat cheras coz sabtu esoknya, nak bawak dia balik kg ayahnya kat seremban. So family axa pun ikut ke cheras. Sebelah malam, axa bawak aszra ke ampang point, ke pusat boling. Mlm ni axa ngan ayah aszra nak main boling. Lama sungguh axa tak main boling dan first time bawak aszra ke tempat boling. Sampai2 kat sana, ada dua tiga org kawan axa sibuk tengok aszra. Pastu aszra lepak ngan godfather dia Afat... leka jugak la dia. Dlm pukul 10.30 afat hantar adik, mak dan aszra balik dulu, coz axa takut balik lambat..sian kat aszra berembun malam2. Masa diaorg nak balik, aszra merengek2 nak mintak menyusu. Mak bagi susu botol dia tak nak. Maybe sebab susu tuh dah sejuk sikit. Axa tahu mesti dia nak mintak axa menyusukan dia. Tapi cam mana..kat public. Pastu tak ada tempat utk menyusukan anak plak tuh..sian kat aszra. Mak katatak apalah, balik nanti bagi susu baru utk dia. Lepas diaorg balik..axa ngan ayah aszra pun main boling la....

Dlm kul 11 lebih, axa tengok kat phone ada miss call dari rumah. Axa terus call balik tapi tak berangkat. Axa call adik pun tak berangkat. Pelik jugak. Takkan dah tido. Mak mesti belum tidur sebab sure tengah dodoikan aszra. Tak sampai 2 minit, adik call axa balik. Axa tanya diakat mana. Dia teragak2 nak ckp. Rupanya dia kat hospital pantai cheras. Aszra jatuh dari buaian coz besinya tercabut. Ya Allah...axa punya la terkejut masa tuh. Terbayang2 aszra yang kecik tuh jatuh. Macam mana la keadaannya. Adik kata doktor tengah check.Axa terus ajak ayah aszra balik. Dlm hati ni tuhan je yang tahu. Air mata dah mengalir laju. Teringat axa masa aszra nak balik sebelum ni..dia nak menyusu dengan axa. Menyesal rasanya sebab tak susukan dia. Kempunan agaknya aszra tuh.. sedih sangat rasanya. Ayah aszra plak.. maintain cool.. dia suruh axa bertenang, jgn panik sangat. Tapi..yer la, anak sendiri sure la axa risau sangat. Masa tuh rasa sakit sangat kepala. Sampai2 hospital axa tengok mak tengah dukung aszra..senyap je dia. Axa terus cium dia. Pastu doktor nak jumpa axa dan ayah aszra. Doktor kata, so far dia check semua ok..heart beat normal, breathing ok.. cuma ada lebam sikit kat dahi sebab kena hempap ngan besi buaian tuh. So doktor suruh bawak balik dan observe dlm masa 24 jam, kalau ada simptom2 yg pelik mcm muntah2 ke..menangis tak berhenti atau tak nak menyusu, doktor mintak bawak aszra balik ke hospital untuk buat scan kat kepala. Axa rasa lega sikit bila doktor kata everythings nampak ok. Lepas tuh axa terus ambik aszra. Mcm dia tahu je ibu dia dah sampai..terus merengek mintak susu. Kali ni axa tak kisah.. axa cari kerusi, axa terus bagi dia menyusu..masa tuh menitik-nitik air mata axa tengok dia menyusu. Kesian tengok dahi dia lebam.

Mlm tuh axa tak tidur langsung. Everytime aszra terjaga, axa bagi menyusu badan. Axa nak aszra tahu,ibu dia sayang sangat kat dia. Sekarang ni aszra dah ok..lebam pun dah kurang dan aszra nampak cam biasa. InsyaAllah untuk next visit for monthly check up nanti, axa nak mintak doktor buat scan kat kepala aszra untuk make sure dia sihat. Axa memang ambik pengajaran betul.. kalau everytime aszra nak menyusu badan dan axa ada masa tuh, axa akan bagi. Buat apa nak malu..pandai2 la cari tempat untuk menyusu. Dan baru la axa faham perasaan mak ngan ayah..bila axa atau adik tak sihat atau apa2 yg buruk terjadi.

1 comment:

Asrof said...

ehek... mesti laaa maintain cool... ape daaa... budak tuh binti sape lagi.....