Wednesday, May 17, 2006

Panas dan Baran.....

A'kum...

Salam di pagi Rabu yang indah ini. Cuaca agak baik pagi ni. Jalan pun tak jam sangat. Cuma di Damasara tadi ada lori bawak batu bata terbalik. So memang sesak sungguh di situ. Nasib baik axa berada di jalan yang bertentangan.

Pagi2, bangun je tidur, memang dah jadi kebiasaan axa akan on radio. Selalunya ERA la yang menjadi pilihan. Nak mewujudkan mood bersemangat pagi2. Kalau senyap je, rasa cam mengantuk pulak. Pagi ini topik pagi di ERA, membincangkan tentang panas baran. Tersenyum axa dengar topik ni. Axa teringat pada seorang sahabat yang axa kenali, yang agak tinggi jugak la sifat panas barannya. Kalau marah...mak aiiii.. merah2 muka, telinga.. suara pun guna nada tinggi.. sakit jugak telinga kalau dengar.. kadang2 sian tengok dia.. sampai cam nak sakit jantung.... tu time dia panas baran la... he..he..he... memang ngeri...

Lately ni banyak kes yang disebabkan oleh panas baran sebenarnya. Cthnya, kes bunuh, kes gaduh dan yang paling baru kes perceraian Abby Abadi dan Norman Hakim. Axa sempat menonton melodi ahad lepas. Nangis2 pasangan tu, sebab menyesal atas sifat marah dan panas baran masing2 sampai menyebabkan mereka bercerai. Bila dah reda, baru tersedar, apa yang dibuat adalah sesuatu yang merugikan. Hmmm macam mana ye, nak mengawal panas baran tu. Axa juga kadang2 kurang mempunyai tahap kesabaran. Tapi setakat marah je la..tak ada lah sampai buat something2 yang lebih buruk. Ada setengah2 orang, bila marah, macam2 yang akan di buat. Tendang2, pukul2..itu lagi bahaya kan. Apatah lagi bila melibatkan pasangan yang akhirnya menjadi mangsa. Mula la pukul pasangan atau anak2. Then lepas dan reda pandai pulak mintak maaf. Dan lebam2 baru la tahu apa yang dibuat tuh salah. Ishh ishh ishh...

Tengok la betapa sifat panas baran ni banyak memberi keburukan. Axa sempat berbual dengan ayah baby semasa dalam perjalanan ke ofis. Bagi axa permasalahan akan berlaku bila ada satu pihak tidak berpuas hati dengan satu lagi pihak yang akhirnya berakhirnya berakhir dengan pergaduhan. Biasalah..yang tak puas hati tuh la yang akan mula marah2 atau jadi panas baran. Jadi bagi axa, dalam menyelesaikan situasi yang tegang macam ni, pihak satu lagi tuh sepatutnya tahu handle situasi tersebut. Jangan la sama2 naik angin, jangan la sama2 pun nak panas baran. Api di lawan kan dengan api, sampai bila pun susah nak padam kan. Apa yang axa tengok kebanyakkannya, bila satu pihak mengamuk atau marah, pihak satu lagi pun akan mengamuk jugak, mungkin rasa tercabar kot. Tapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Cth dalam rumah tangga, bila isteri marah atau tidak puas hati dengan satu2 perkara, suami seharusnya mengambil jalan untuk menyelesaikan dengan baik, dengan tenang dan cuba berdiplomasi, bukan dengan sama2 tak puas hati. Hmmm ckp senang kan, tapi bila time gaduh, leh ingat ke nak diplomasi ke tak...he..he.he.

Ayah baby pula ada pendapat sendiri. Baginya, jika satu masalah wujud..seharusnya tidak patut dimulakan dengan mengamuk atau marah. Pendekatan yang terbaik menurut ayah baby ialah dengan menegur secara baik... dan gunakan psikologi agar pihak yang satu lagi mampu berfikir dan dengan sendiri rasa bersalah atas kesalahannya. Bukan dengan marah2. Cthnya, jika isteri tidak berpuas hati, just terus terang dengan baik dan biarkan suami berfikir tentang kesalahannya. Ala2 isteri yang sabar la. Tapi kadang2 mampu ke kita bersabar bila hati tengah sakit?? He..he..he. payah juga. Hmm pendekatan ini agak baik, untuk mengurangkan pergaduhan besar atau mengelakkan tercetusnya sifat panas baran, tetapi kena tengok keadaan juga.. kalau dapat pasangan yang tak reti2 bahasa atau tak faham2.. jenuh juga... kita ni yer2 la sabar, cakap baik2, tapi yang pihak satu lagi tuh ambik kesempatan.. langsung tak ada rasa bersalah..cam mana??? Sampai bila2 la terpaksa makan hati...lagi parahkan...

Kesimpulannya, untuk mengelakkan pergaduhan..untuk mengelak dari timbul nya sifat panas baran.. yang terbaik ialah berfikir sebelum melakukan sesuatu. Jika kita telah sedia maklum apa yang akan kita lakukan bakal menimbulkan kemarahan pasangan atau orang lain.. jangan la gatal2 nak buat jugak. Cari nahas namanya tuh.He..he..he. Tapi yer la.. kita ni manusia, tak lepas dari kesilapan. Kadang2 tak sedar apa yang kita buat tuh salah di mata orang lain. Tepuk dada.. tanya la diri kita sendiri.

Untuk kawan2 axa yang panas baran tuh.. harap2 semakin dewasa..kita akan semakin matang dan mampu berfikir untuk menjadi manusia yang lebih baik...

2 comments:

Asrof said...

mane ade org bagi penyelesaian mcm tuh... ape daaa... nak cari keruh laa nie... settle balik kang....

Anonymous said...

OK comment: How to handle person with aggressive attitude?-->I married one.
Alhamdulillah, my approach so far worked. Yang teramat penting, bercakap pd masa yg sesuai. Tak guna cakap atau respon bila dia tgh mengamuk, jadi lagi teruk. Kalau dia nak walk off, biarkan..jgn dikejar. So kena atur langkah betul-betul, tak salah kalau kita apologize dulu, beri hati dia sejuk sikit..lelama tu bila dia reda dia sendiri akan minta maaf. SO tak kiralah siapa yg minta maaf dulu, yg penting (kita tau kita tak salah) dia akan sejuk hati dan terima kesalahan dia. HHehehehehhee...So to be able to response well to orang yg panas baran nie, is to develop high level of patience. Not easy but possible - asrof's sis